Business

Resepi Acar Ikan Masin Kurau Sedap

Resepi Acar Ikan Masin Kurau Sedap - Hallo sahabat Chord Gitar Indonesia, Pada sharing Kunci gitar kali ini yang berjudul Resepi Acar Ikan Masin Kurau Sedap, saya telah menyediakan lirik lagu lengkap dengan kord gitarnya dari awal lagi sampai akhir lagu. mudah-mudahan isi postingan kunci gitar yang saya tulis ini dapat anda pahami. okelah, ini dia chord gitarnya.

Penyanyi : Resepi Acar Ikan Masin Kurau Sedap
Judul lagu : Resepi Acar Ikan Masin Kurau Sedap

lihat juga


Resepi Acar Ikan Masin Kurau Sedap

Hello semua, sehat ke? hari ini saya ingin kongsikan resepi acar ikan masin kurau. menu ini sangat sesuai untuk dihidangkan di bulan puasa kerana sangat sedap menjadi pembuka selera bila berbuka puasa.

acar ikan masin boleh gunakan ikan talang, ikan merah, atau ikan kurau. tapi saya menggunakan 300 gram isi ikan kurau masin dan bila masih ada rasa lemak-lemak masin tak ape lah kan dah namapun ikan masin.
Resepi Acar Ikan Masin Kurau

Resepi Acara Ikan Masin


sebenarnya, saya bercadang untuk berkunjung ke rumah kawan dan kelmarin dapat mesej dari rakan yang berada di johor, katanya elok-elok bawa sambal. terfikir juga nak buat apa. saya perlu buat makanan yang boleh tahan lama dan teringat acara ikan masin ini.

nak kata jujur ikan masin ni sedap sangat sebab ada rasa lemak-lemak masin dikit dan manis. bila anda ingin menyimpanya boleh masukan dalam botol dan simpan dalam peti sejuk. jom kita layan resepi acar ikan masin kurau dibawah.

Bahan-Bahan
  • 300 gram isi ikan kurau masin atau talang - saya gunakan ikan kurau
  • 10 biji cili padi merah atau hijau
  • 1 camca besar penuh gula melaka2 tangkai daun kari - dilurut
  • 7 - 10 biji bawang merah kecil
  • 10 ulas bawang putih
  • 2 camca besar gula atau secukupnya
  • secubit garam
  • cuka secukupnya
Bahan Kisar Kering
  • 1 camca teh halba
  • 1 camca teh ketumbar biji
  • 1 camca teh biji sawi
  • 1 camca teh jintan manis
  • 1 camca teh jintan putih
  • semua bahan kisar kering digoreng tanpa minyak terlebih dahulu hingga harum kemudian kisar kering hingga halus
Bahan Kisar Halus
  • 1 inci halia
  • 2 camca besar cili kisar
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 bawang besar
Cara Membuat Acar Ikan Masin Kurau

1. potong isi ikan kurau berbentuk memanjang atau saiz sederhana kemudian rendam selama lebih kurang 1 jam tapi ganti selalu air rendaman setiap 20 minit. goreng isi ikan kurau hingga setengah masak dan toskan.

2. panaskan minyak dalam kuali dengan anggaran 1/2 cawan dan tumis bahan kisar halus bersama daun kari hingga naik bau. ketika menggoreng gunakan api kecil dan kacau selalu. selepas tu masukan semua bahan rempah yang dikisar kering tadi dan kacau. masak hingga harum.

3. masukan cuka bersama gula pasir dan gula melaka. kacau hingga rata dan biarkan mendidih. tambah cili padi, ikan masin, bawang putih, dan bawang merah. kemudian gaul hingga rata dan tambahkan sedikit air. 

4. masak hingga pekat dan perasakn dengan garam secukupnya dan bila anda ingin agak manis boleh tambahkan sedikit gula. bila sudah masak angkat dan hidangkan bersama nasi panas-panas.

Note:

ketika memasak lebihkan sedikit minyak masa menumis agar acar tenggelam dalam minyak tumisan bila anda simpan dalam botol. bagaimana resepi acar ikan masin kurau yang saya share ini mudah sahaja kan?
Resepi Acar Ikan Masin Kurau Sedap Resepi Acar Ikan Masin Kurau Sedap Reviewed by dR Petua on 18:58 Rating: 5

1 comment:

  1. How to Make Money in Online Casinos
    Online slots are an extremely popular casino game for many people in this country and even in casino games, you will also หาเงินออนไลน์ find more 1xbet korean gambling worrione platforms for

    ReplyDelete

Sponsor

Powered by Blogger.