Saturday, 25 June 2016

Resepi Bubur Lambuk Sedap dan Mudah

Ramadhan dah tiba. suami request saya untuk membuatkan masakan yang mudah untuk juadah berbuka nanti. akhirnya saya cuba membuat bubur lambuk. resepi bubur lambuk yang akan saya kongsikan ini amat sedap dan mudah je.

bubur lambuk sangat sesuai dimakan bila badan lemah dan sakit.  sebab orang sakit biasanya mesti cari bubur kan? resepi bubur lambuk ini saya dapat dari mak saya. keluarga saya memang penggemar bubur dan di bulan ramadhan ini bila saya malas masak saya hanya akan menyediakan bubur untuk juadah berbuka puasa.
Resepi Bubur Lambuk

Resepi Bubur Lambuk


anda penggemar bubur seperti saya tapi tak tahu nak masak? anda bernasib baik sebab hari ini saya ingin berkongsi cara masak bubur lambuk. sebelum ni saya sudah pernah share resepi bubur jagung. ok jom kita layan resepi sedap dibawah.

Baca Juga :



Bahan-Bahan:

  • 3 ulas bawang merah - hiris
  • 3 beradik (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang)
  • santan 1/2 cawan
  • 200 gm daging - potong kecil
  • 2 genggam beras
  • 2 cm halia - hiris
  • sedikit udang kering - tumbuk halus
  • sedikit halba
  • segenggam lobak masin - hiris nipis
  • garam secukupnya
  • 1/2 sudu teh lada hitam
  • 2 ulas bawnag putih - hiris
Cara Masak Bubur Lambuk

1. mula-mula tumis bawang putih bersama halia dan bawang merah hingga harum kemudian masukan 3 beradik, lada hitam dan halba. bila sudah agak garing masukan udang dan daging dan bila macam kerinjg sangat masukan sedikit air.

2. kacau sekejap kemudian masukan lobak masin. masak hingga sebati dan bila sudah sebati boleh penuhkan air. saya letakan 1/2 periuk dulu masak macam nasi biasa.

3. bila air sudah kering tambahkan air lagi dan masukan pula beras dan masak hingga masak.

4. akhir sekali, bila bubur sudah masak masukan santan bersama sedikit garam dan biarkan sekejap lebih kurang 5 minit dan bolehlah tutup api.

bagaimana mudah je kan? resepi bubur lambuk yang saya kongsikan dan jangan risau ketika masukan lobak masin sebab bila sudah masak lobak masin ini dianya tak masin. 

Saturday, 18 June 2016

Resepi Kek Keju Bakar Mudah

Hi apa khabar, sudah lama tak kongsikan resepi dibulan puasa ini. hari ini saya ingin share resepi kek keju bakar mudah untuk pembaca setia blog ni. ramai orang suka kek kaju dan kalau kita orang beli kat kedai bakery atau kafe mahal amat.

bagi penggemar kek keju seperti saya bila ingin makan kuih ini harus membeli kat kedai bakery pasti sayang wang dibuang sia-sia kerana sepotong je dekat beberapa belas ringgit. apalagi bila beli sebiji mesti dekat seratus lebih.
Resepi Kek Keju Bakar

Resepi Kek Keju Bakar Mudah


sebenarnya, kek keju ini ada 2 versi ada jenis bakar dan chilled. yang akan saya kongsikan ini ialah kek keju bakar. untuk membuatnya tak susah dan bahanya pun tak mahal sangat. untuk anda penggemar kek keju mesti baca resepi ini agar boleh membuatnya sendiri.

Artikel Berkaitan:



banyak orang suka kek keju sebab rasanya sedap rasa telur didalam adunan sangat terasa di lidah. jom kita layan resepi kek keju bakar dibawah.

Bahan-Bahan

  • 2 sudu besar tepung gandum atau tepung jagung
  • 1 cawan gula kastor
  • 2 biji telur gred A
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 cup cream cheese
  • 1 cup plaint yogurt atau whipped cream
  • Butter atau mentega
  • biskut
  • Cheese Kraft Cheddar
  • 2 biji buah Strawberry
Cara Membuat Kek Keju Bakar

1. campurkan semua bahan kemudian pukul menggunakan mixer hingga sebati dan campurkan tepung gandum, esen vanilla, dan telur. pukul hingga sebati dan kembang.

2. hancurkan biskut dan gaul bersama mentega sampai menjadi doh dan siapkan loyang bulat saiz sederhana. selepas tu lenyehkan doh biskut kedalam loyang kemudian tuangkan adunan cheese diatasnya.

3. panaskan oven pada suhu 180"C dan bakar adunan tadi selama lebih kurang 30 minit atau hingga masak. 

4. akhir sekali, bila sudah masak angkat dan simpan terlebih dahulu ke dalam peti sejuk selama 5 jam sebelum dihidangkan. untuk hiasan taburkan potongan cheese dan buah strawberry

Note:

untuk mengelakan dari base biskut hangus pastikan ada air dibawah loyang ketika dibakar dan bila tak punya oven boleh dikukus selama 45 minit menggunakan api sederhana.

bagaimana mudah je kan resepi kek keju bakar yang saya kongsikan dan sampai jumpa lagi di resepi sedap seterusnya.

Thursday, 9 June 2016

Resepi Kek Span Vanilla Sukatan Cawan

Hello apa khabar pembaca setia blogopsi.com hari ini saya ingin berkongsi resepi kek span vanilla. biasanya kek ini ada yang memanggil sponge cake. saya sangat menyukai kek ini bahkan saya sanggup makan sampai 1 pinggan besar.

sebenarnya, cara penyediaan kek span vanilla ini sama sahaja dengan kek span coklat atau kek span keju. kek span ini sangat dekat dihati saya dan setiap petang saya akan mencicipi sekeping kek ini bersama kopi.
Resepi Kek Span Vanilla

Resepi Kek Span Vanilla


saya sangat suka kek ini sebab ianya adalah kek yang sangat lembab, lembut dan kek paling ringan. diantara kek span lainya kek ini adalah yang paling lazat. selain daripada itu bahan-bahan untuk membuatnya juga mudah didapati.

bila anda baru nak belajar membuat kek maka kek span vanilla adalah pilihan paling tepat. jomlah kita layan resepi kek sedap dibawah.

Bahan-Bahan
  • 170 gm tepung kek
  • 50 gm minyak jagung
  • 3 - 4 biji telur gred A
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanilla - gunakan yang oil base
  • 180 gm gula halus
  • 70 gm air
  • 15 gm ovellete
Cara Penyediaan

1. satukan baking powder bersama tepung kek kemudian diayak dan masukan semua bahan kedalam mesin putar kecuali minyak jagung.

2. putar campuran bahan tadi dengan perlahan terlebih dahulu agar tepung tidak beterbangan. bila semua bahan sudah nampak bersatu tukar speed lebih laju hingga bahan menjadi gebu.

3. bila bahan tadi sudah gebu tutup mixer dan tuangkan minyak dan kaup balik dengan spatula sampai rata. 

4. siapkan loyang bersaiz 8 inci dan lepikan dengan kertas kek kemudian sapukan butter di sekelilingnya dan tuangkan bahan kek tadi.

5. panaskan oven dan bakar kek tadi pada suhu 170"C selama lebih kurang 30 minit atau hingga masak.

6. akhir sekali, bila kek sudah masak keluarkan dan biarkan sekejap hingga sejuk selama 5 minit. kemudian cepat-cepat keluarkan dari loyang.

bagaimana mudah sahaja kan resepi kek sapan vanilla yang saya kongsikan ini dan sampaiu jumpa diresepi sedap seterusnya.

Monday, 6 June 2016

Resepi Tart Nenas Gulung Rangup dan Sedap

Hari ini saya ingin kongsikan Resepi Tart Nenas Gulung, kuih raya ini sangat popular di masyarakat malaysia. rasanya sangat gebu dan sedap membuat berbaloi untuk mencuba. sejak belakangan ini saya memang suka makan tart nenas gulung.

tart nenas memang banyak yang sudah kongsikan terutama bila menyambut hari raya, banyak blog saya tengok sudah banyak share resepi ini pun sedap juga tapi saya memang suka mencuba resepi yang lain untuk mempelbagaikan koleksi resepi yang telah dicuba.
Resepi Tart Nenas Gulung

Resepi Tart Nenas Gulung


akhirnya bulan ramadhan yang kita tunggu-tunggu selama setahun datang juga. sebagai wanita, walau berpuasa memasak untuk keluarga harus terus dilakukan. tart nenas ialah antara biskut yang famous tiap kali menjelang hari raya.

sebenarnya saya ingin cuba membuat kuih lebih banyak seperti kuih tart dalam cawan kertas dan kuih tart bunga, tapi kerana masa yang sudah hampir senja terpaksa saya lupakan. hanya tart nenas gulung ini sahaja yang saya buat. jom kita layan resepi sedap dibawah.

Bahan Untuk Jem

  • 600 gm gula
  • 3 titik pewarna kulit
  • 2 biji nenas - parut kemudian toskan airnya
  • 1 batang kayu manis
Bahan Tart
  • 125 gm butter - saya gunakan premium anchor butter
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu besar gula kastor
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 sudu besar tepung kastard @
  • 1 3/4 cawan tepung gandum @
  • 1/2 sudu kecil garam - secukupnya
  • 1/4 cawan tepung jagung @
Bahan Hiasan
  • 1 sudu air
  • 1 biji kuning telur
  • setitik pewarna kuning
Cara Penyediaan.................................................

a) Cara Untuk Membuat Jem Nenas

1. mula-mula nenas yang sudah diparut tadi dimasak bersama gula 
2. bila sudah hampir agak kering masukan kayu manis bersama pewarna kuning
3. ,asak dengan api sederhana sampai agak kering

b) Cara untuk Membuat Tart Gulung

1. pukul mentega/ butter bersama gula sehingga berkrim dan berwarna putih (butter di keluarkan pada suhu bilik)

2. masukan minyak sapi, garam secukupnya, dan kuning telur kemudian kacau hingga sebati. 

3. tepung yang bertanda [@] di ayak kemudian masukan secara perlahan kedalam adunan sampai menjadi adunan doh yang lembut. biarkan sekejap.

4. kemudian masukan doh ke dalam acuan tart, tekan dan gulung bersama inti nenas yang digentel kecil membujur. 

5. siapkan loyang yang sudah dilapik dengan baking paper atau boleh juga digriskan dengan mentega kemudian susun adunan yang sudah di gulung tadi diatas loyang.

c) Cara untuk Bahan Hiasan

1. kacau sebati kuning telur bersama pewarna kuning dan air kemudian sapukan diatas diatas tart gulung yang sudah kita susun diatas loyang tadi.

2. akhir seklai, panaskan oven pada suhu 175"C dan bakar kuih selama lebih kurang 25 minit. dan bila sudah masak tart nenas siap untuk dihidangkan.

bagaimana mudah sahaja kan resepi tart nenas gulung yang saya kongsikan dan sampai jumpa di resepi seterusnya. terakhir, bila doh masih agak keras. uli doh bersama soft butter sedikit demi sedikit sehingga doh menjadi lebih lembut.

Thursday, 2 June 2016

Resepi Gulai Ikan Tongkol Nasi Berlauk

Gulai Ikan Tongkol resepi ini biasanya dimakan bersama nasi dan lebih popular dipanggil nasi berlauk kerana sudah menjadi signature Dish di negeri kelantan. masakan ini sangat popular di kelantan dan dimakan sampai tak kira masa.

untuk membuat gulai ini perlu memaska agak lama sampai ianya benar-benar pecah minyak dan untuk mula-mula ianya memang agak cair dan setelah lama dimasak ianya akan menjadi pekat. bila sudah pekat ditambah lagi air dan ulang sampai mencapai kepakatan yang disukai.
Resepi Gulai Ikan Tongkol


Resepi Gulai Ikan Tongkol


saya share resepi cara menyediakan gulai ikan tongkol disini untuk memudahkan rujukan para bujuang yang ingin belajar cara memasak di masa depan. resepi ini penyediaanya cukup mudah dan rasa gulai ni macam singgang sikit tapi singgang yang diletak santan memang sedap.

Resepi Berkaitan:



biasanya saya menyediakan gulai ikan tongkol ni bersama nasi putih atau nasi terengganu dan memang rasanya amat sedap. jom langsung sahaja kita layan resepi sedap dibawah ini.

Bahan-Bahan

  • 1 kg ikan tongkol
  • 10 biji cili api
  • 8 gm rempah masak cap bunga rose
  • 3-4 sudu besar cili kering kisar 
  • 6 biji belimbing buluh
  • 2 keping asam keping
  • 2 sudu besar gula melaka
  • garam secukup rasa
  • 1 kotak santan atau air secukupnya
  • 1 pek rempah gulai cap bunga rose - bancuh dengan sedikit air
Bahan Kisar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 hiris lengkuas
  • 10 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
Cara Masak Gulai Ikan Tongkol

1. mula-mula bersihkan ikan kemudian rebus bersama garam dan 4 asam keping hingga mendidih atau airnya tinggal setengah.

2. panaskan minyak dalam periuk lain tumis bahan kisar bersama cili kisar hingga agak garing kemudian rempah gulai dan masak lagi hingga pecah minyak dan harum.

3. selepas tu masukan santan dan kacau hingga pecah minyak kemudian masukan ikan bersama garam secukupnya, asam, dan gula melaka. masak hingga pekat dan merenih.

4. akhir sekali, masukan belimbing buluh dan cili padi, renihkan sekejap kemudian angkat dan hidangkan bersama nasi putih panas-panas atau nasi terengganu.

bila anda nak ke kelantan jangan hairan sebab pagi-pagi lagi orang kelantan dah makan nasi berlauk kerana memang budaya mereka. bagaimana resepi gulai ikan tongkol yang saya kongsikan mudah kan? sampai jumpa di resepi sedap seterusnya.