Monday, 30 May 2016

Resepi Nasi Minyak Terengganu Sedap

Hello Apa Khabar, sihat ke? hari ini saya ingin kongsikan resepi nasi minyak terengganu. makanan ini sangat popular masyarakat malaysia. resepi yang saya kongsikan ini sangat mudah dan bagi anda yang tak reti nasi minyak harapnya entri ini boleh membantu anda yang sedang kebingungan hendak memasak.
Resepi Nasi Minyak Terengganu

Resepi Nasi Minyak Terengganu


nasi minyak terengganu adalah makanan yang biasa disediakan di majlis kenduri kahwin sebagai sarapan pagi. jom kita layan resepi sedap dibawah.

Bahan Nasi

  • 1 kg beras siam
  • 4 ulas bawang putih - mayang
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2 cm halia - hiris
  • 125 ml susu cair
  • 1 biji bawang besar - mayang
  • 1 1/4 liter air
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 helai daun pandan
  • garam secukupnya
Bahan Tumis Nasi
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 batang kulit kayu manis
Bahan Gulai
  • 1 ekor ayam - potong mengikut selera
  • 3 sudu besar cili giling
  • 3 biji kentang dibelah
  • 125 ml santan pekat
  • 3 sudu besat rempah kari
  • 20 ml air asam jawa
  • 2 sudu besar kerisik
  • air secukupnya
  • gula melaka, garam, dan gula secukup rasa
Bahan Tumis Gulai
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
Bahan Kisar gulai
  • 1 cm lengkuas
  • 1 cm halia
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang kunyit putih
Cara Memasak Nasi Minyak Terengganu

Masak Nasi

1. cuci bersih beras kemudian toskan. kemudian panaskan minyak bersamaminyak sapi dan marjerin.

2. tumis bahan tumis nasi bersama bawang putih, halia, bawang besar, dan daun pandan hingga wangi.

3. kemudian masukan air dan kacau rata hingga biarkan mendidih. selepas mendidih masukan beras, garam, dan susu.

4. akhir sekali, kacau rata dan biarkan nasi masak

Masak Gulai

1. panaskan minyak dalam kuali kemudian bahan tumis gulai bersama cili giling. masak hingga wangi dan garing.

2. kemudian masukan bahan kisar dan kacau rata. bila sudah garing masukan rempah kari yang dibancuh bersama air dan kacau rata hingga naik minyak.

3. masukan ayam bersama kentang dan air asam jawa. biarkan masak sebentar kemudian masukan santan pekat dan kacau sehingga mendidih.

4. perasakan dengan gula melaka, garam, dan gula secukupnya biarkan hingga kuah pekat dan mendidih. gunakan api sederhana supaya ayam masak sempurna

5. akhir sekali, angkat dan hidangkan bersama nasi minyak dan acar timun mentah..

bagaimana mudah sahaja kan resepi nasi minyak terengganu yang saya kongsikan dan sampai jumpa di resepi sedap seterusnya. selamat menjamu selera!

Sunday, 29 May 2016

Resepi Acar Timun Mentah Sedap

Hari ini saya ingin kongsikan resepi acar timun mentah, makanan ini sangat cepat disediakan dan rasanya pula sedap dan tak manjemukan. acar timun mentah paling sesuai bila dimakan bersama nasi tomato, nasi perisa, atau nasi minyak.

Artikel Berkaitan:



acar timun mentah ini adalah antara sayur yang biasa disediakan dalam majlis kenduri dan dalam majlis aqiqah. acar ini cukup berminyak sebab kandungan cuka yang tinggi. memang menyediakan acar timun ini mudah sekali tapi harus ada keseimbangan rasa masam manisnya.
Resepi Acar Timun Mentah

Resepi Acar Timun Mentah


untuk menyediakan acar timun ini memerlukan waktu lebih kurang 10 minit sahaja dan resepi yang saya buat ini untuk hidangan 7 orang. jom langsung sahaja kita layan resepi sedap dibawah.

Bahan-Bahan

  • 8 sudu besar cuka
  • 2 biji bawang besar
  • 4 sudu besar gula
  • 2 biji cili merah
  • garam secukupnya
  • 1/2 biji nenas
  • 3 biji timun

Cara Penyediaan

1. mula-mula bersihkan nenas dari kulitnya kemudian hiris nipis. bersihkan timun dan buang bahagian kulit. selepas tu cakar bahagian luar timun menggunakan garfu dalam garis memanjang. kemudian hiris nipis.

2. hiris nipis cili merah dan bawang merah.

3. akhir sekali, gaulkan semua bahan tadi bersama gula, cuka, dan garam secukupnya hingga sekata dan acar timun mentah spesial siap utnuk di hidangkan.

ketika membuat acar timun jangan tambahkan air sebab timun dan buah nenas akan keluar air selepas dibancuh bersama bahan-bahan tadi. dan sampai jumpa diresepi sedap seterusnya.

Friday, 27 May 2016

Resepi Acar Buah Istimewa Paling Sedap

Resepi Acar Buah Paling Sedap ialah resepi yang dipejari turun-temurun yang dipelajari dari emak. saya termasuk orang penggemar acar dan hampir 1 bulan sekali saya biasanya membeli di pasaran. tapi acar dipasaran rasa lebih kepada manis dari yang dipelajari dari emak.

bulan puasa sebentar lagi tiba semoga keadaan anda sihat agar dapat menjalani berpuasa dengan lancar. seperti biasa kalau aku balik mak mesti buat acar buah ni. saya sangat suka acar buatan emak sebab rasa mesti berbeza mana nak sama dengan air tangan mak aku.
Resepi Acar Buah Sedap

Resepi Acar Buah Sedap


acar buatan mak saya amat harum dengan rempah-rempah disamping manis-manis buah, pedas-pedas cili padi dan cuka. sebenarnya sudah banyak yang share resepi acar buah ni dan menurut saya semuanya sedap. tapi resepi yang ingin saya share ni sangat istimewa.

untuk membuatnya saya tambahkan beberapa buah-buahan jeruk modern. resepi ini sangat mudah dan boleh disediakan dalam sekejap. jom kita layan resepi dibawah.

baca juga: resepi acar ikan masin kurau

Bahan yang saya gunakan ialah buah jeruk tapi berpulang pada resepi masing-masing ye kerana ada yang menggunakan belimbing kecut. (anggaran dalam 3 cawan buah jeruk)

Bahan Rempah

  • 2 ulas bawang putih @
  • 4 ulas bawang merah kecil @
  • 1 inci halia @ (tanda @ tumbuk lumat)
Bahan Lain
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • minyak masak
  • 3 sudu besar cili blender
  • bijan - goreng kering
  • 2 sudu besar tomato puri
  • cuka
  • kayu manis dan bunga lawang
  • garam dan gula secukupnya

Cara Membuat Acar Buah

1. mula-mula panaskan minyak kemudian tumis bahan kayu manis, cili blender, dan bunga lawang hingga wangi.

2. masukan tomato puri bersama serbuk kari dan kacau sekejap. selepas tu masukan bahan lain dan kacau hingga rata. kemudian perasakan dengan gula dan garam.

3. akhir sekali, kacau sekejap, angkat dan taburkan dengan bijan. acar buah lebih sedap dihidangkan bersama nasi tomato.

bila sudah cukup rasa masamnya tak perlulah letak cuka. bagaimana mudah sahaja kan resepi acar buah yang saya kongsikan ni? sampai jumpa di resepi sedap berikutnya ye.

Resepi Burger Malaysia Mudah, Lembut dan Paling Sedap

Resepi Burger Malaysia Mudah dan Sedap merupakan makanan yang sangat popular di masyarakat kita. biasanya bila saya pergi ke pasar malam burger malaysia selalu yang pertama saya cari dan paling sedap bila inti sambal ikan bilis agak pekat supaya burger tidak lembik.

sebenarnya, sudah lama saya ingin share resepi nih tapi sekarang baru ada kerajinan ingin membuatnya. menu ini sangat sesuai untuk dijadikan minum petang. biasanya bila saya buat nasi lemak pasti sambalnya lebih dan sambal itu saya jadikan burger malaysia.
Resepi Burger Malaysia Mudah

Resepi Burger Malaysia


burger malaysia adalah salah satu makanan kegemaran anak-anak dan sering saya beli di gerai tapi selalu tak puas makan sambal intinya sedikit dan kadang-kadang hanya sambal tanpa ikan bilis.

resepi ini sangat mudah dan boleh disedikan sekejap sahaja. bila kita buat sendiri pasti lebih sedap dan rangup. jom langsung sahaja kita layan resepi burger malaysia dibawah.

Bahan-Bahan

  • 200 gm tepung gandum
  • 140 ml susu atau air
  • 2 sudu kecil dry yeast
  • 2 1/2 sudu besar gula halus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • timun
  • sambal ikan bilis
  • minyak untuk menggoreng
Cara Membuat Burger Malaysia

1. mula-mula campurkan tepung gandum, susu, gula halus, garam, dan dry yeast ke dalam mangkuk sesuai. uli campuran tadi hingga tidak melekat ditangan  kemudian bulat-bulatkan dan biarkan kembang 2 kali ganda

2. tumbuk doh roti tadi supaya angin keluar kemudian bahagikan kepada 8 bahagian dan buat bentuk bulat.

3. kemudian biarkan naik dua ganda lagi. panaskan minyak dan goreng bulatan tadi hingga berwarna kekuningan atau hingga masak.

4. akhir sekali, belah roti tadi tapi ingat jangan sampai putus kemudian isi dengan timun yang dihiris nipis dan sambal ikan bilis. okay, burger siap untuk dihidangkan.

Note:
sapukan tangan dengan tepung yang banyak sebelum angkat doh untuk dimasukan didalam kuali supaya doh tidak melekat di tangan.

Thursday, 26 May 2016

Resepi Acar Ikan Masin Kurau Sedap

Hello semua, sehat ke? hari ini saya ingin kongsikan resepi acar ikan masin kurau. menu ini sangat sesuai untuk dihidangkan di bulan puasa kerana sangat sedap menjadi pembuka selera bila berbuka puasa.

acar ikan masin boleh gunakan ikan talang, ikan merah, atau ikan kurau. tapi saya menggunakan 300 gram isi ikan kurau masin dan bila masih ada rasa lemak-lemak masin tak ape lah kan dah namapun ikan masin.
Resepi Acar Ikan Masin Kurau

Resepi Acara Ikan Masin


sebenarnya, saya bercadang untuk berkunjung ke rumah kawan dan kelmarin dapat mesej dari rakan yang berada di johor, katanya elok-elok bawa sambal. terfikir juga nak buat apa. saya perlu buat makanan yang boleh tahan lama dan teringat acara ikan masin ini.

nak kata jujur ikan masin ni sedap sangat sebab ada rasa lemak-lemak masin dikit dan manis. bila anda ingin menyimpanya boleh masukan dalam botol dan simpan dalam peti sejuk. jom kita layan resepi acar ikan masin kurau dibawah.

Bahan-Bahan
  • 300 gram isi ikan kurau masin atau talang - saya gunakan ikan kurau
  • 10 biji cili padi merah atau hijau
  • 1 camca besar penuh gula melaka2 tangkai daun kari - dilurut
  • 7 - 10 biji bawang merah kecil
  • 10 ulas bawang putih
  • 2 camca besar gula atau secukupnya
  • secubit garam
  • cuka secukupnya
Bahan Kisar Kering
  • 1 camca teh halba
  • 1 camca teh ketumbar biji
  • 1 camca teh biji sawi
  • 1 camca teh jintan manis
  • 1 camca teh jintan putih
  • semua bahan kisar kering digoreng tanpa minyak terlebih dahulu hingga harum kemudian kisar kering hingga halus
Bahan Kisar Halus
  • 1 inci halia
  • 2 camca besar cili kisar
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 bawang besar
Cara Membuat Acar Ikan Masin Kurau

1. potong isi ikan kurau berbentuk memanjang atau saiz sederhana kemudian rendam selama lebih kurang 1 jam tapi ganti selalu air rendaman setiap 20 minit. goreng isi ikan kurau hingga setengah masak dan toskan.

2. panaskan minyak dalam kuali dengan anggaran 1/2 cawan dan tumis bahan kisar halus bersama daun kari hingga naik bau. ketika menggoreng gunakan api kecil dan kacau selalu. selepas tu masukan semua bahan rempah yang dikisar kering tadi dan kacau. masak hingga harum.

3. masukan cuka bersama gula pasir dan gula melaka. kacau hingga rata dan biarkan mendidih. tambah cili padi, ikan masin, bawang putih, dan bawang merah. kemudian gaul hingga rata dan tambahkan sedikit air. 

4. masak hingga pekat dan perasakn dengan garam secukupnya dan bila anda ingin agak manis boleh tambahkan sedikit gula. bila sudah masak angkat dan hidangkan bersama nasi panas-panas.

Note:

ketika memasak lebihkan sedikit minyak masa menumis agar acar tenggelam dalam minyak tumisan bila anda simpan dalam botol. bagaimana resepi acar ikan masin kurau yang saya share ini mudah sahaja kan?

Wednesday, 18 May 2016

Resepi Biskut Famous Amos Mat Gebu

Apa Khabar semua, hari ini saya ingin kongsikan resepi biskut famous maos mat gebu. makanan ini sangat sesuai untuk dihidangkan di hari raya dan boleh menjadi pilihan anda untuk menu biskut raya 2016 ini.

biskut ini memang sedap dan pada pendapat saya biskut ini setanding dengan keenakan biskut famous amos yang mahal itu. rasa biskut ini sangat rangup dan menarik perhatian dan bagi kawan-kawan yang sukakan biskut ini boleh cuba membuatnya sendiri.
Resepi Biskut Famous Amos

Resepi Biskut Famous Amos


sudah beberapa hari aku cuti update entri di blog ini, maklumlah kerana kesibukan yang sangat menghabiskan masa dan mood yang juga turun naik. di hari raya nanti biskut ini biasanya sering kita temukan kerana cukup populer sebagai menu hidangan biskut raya.

agar rasa lebih sedap ketika membutanya bolehlah dimasukan walnut, bunga matahari, atau kekacang lain. resepi yang akan saya tulis ini untuk separuh adunan yang akan menghasilkan 55 - 60 keping biksut.

Artikel Berkaitan:


jika ingin dapat lebih boleh tambah adunan dengan menggandakan semua bahanya kecuali telur. jom kita layan resepi biskut famous amos sedap dibawah

Bahan 1

  • 1 biji telur 
  • 1/2 cawan butter/ mentega
  • 1/2 sb susu segar - susu tepung
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 1/2 sk extract vanilla
  • 1/4 cawan gula kaster
  • sedikit garam
Bahan 2
  • 1 sb tepung jagung - diayak
  • 2 cawan tepung gandum - di ayak
  • 1 sb serbuk koko - diayak
  • 1 cawan semi sweet chocolate chips
  • 1/2 sk soda bikarbonat
  • 1/2 sk cream pf tartar nona atau boleh juga 1/2 sk jus lemon
  • 1/2 cawan walnut cincang 
Cara Membuat Biskut Famous Amos

1. siapkan mangkuk besar dan campurkan semua bahan 1 dan gaul rata hingga sebati menggunakan whisk.

2. ayak tepung gandum bersama serbuk koko, soda bikarbonat, tepung jagung, dan serbuk cream of tartar dan masukan tepung kedalam adunan tadi sedikit demi sedikit.

3. kacau adunan yang sudah dicampur tadi boleh menggunakan spatula hingga rata kemudian masukan chocolate chips dan walnut dan kacau lagi hingga adunan agak lembik.

4. ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan menggunakan tangan atau boleh juga sudukan kemudian taruh diatas loyang. sesuaikan jarak setiap adunan diatas loyang kerana nanti biksut akan mengembang.

5. akhir sekali, bakar loyang kedalam oven bersuhu 160'C selama lebih kurang 20 minit atau hingga masak. dan bila sudah masak angkat dan sejukan biskut. bila sudah sejuk biskut siap dihidangkan.
Resepi Biskut Famous Amos

agar boleh mendapatkan biskut yang tidak terlalu rapuh tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan dan bila anda menganggap resepi biskut famous amos yang saya share ini bermanfaat boleh share pada media sosial dibawah.

Tuesday, 17 May 2016

Resepi Puding Polkadot Fruit Jelly Sedap

hari ini saya dapat idea untuk membuat makanan yang sesuai selera anak-anak dan sudah lama saya tidak membuat makanan khas untuk anak-anak. puding polkadot fruit jelly ceria dan berwarna-warni. sebenarnya sejak 2 hari kebelakangan saya sedikit sibuk kerana banyak urusan yang harus saya siapkan.

entri ini udah saya tulis 2 hari yang lalu dan baru boleh di publish hari ini, memang agak memenatkan urusan saya ini sebab mengejar masa tapi namanya amanah kenalah saya laksanakan sebaik mungkin.
Resepi Puding Polkadot Fruit Jelly

Resepi Puding Polkadot Fruit Jelly


makanan ini sesuai untuk dimakan bila tengah hari yang panas dan untuk membuat puding buah ni bahan-bahan yag digunakan simple dan mudah je dan bila nak dimakan wajib disejukan terlebih dahulu, barulah sedap.

Artikel Berkaitan:



biasanya puding polkadot fruit jelly ni disediakan untuk majlis dan untuk menu berbuka puasa pun ok. jom kita layan resepi sedap dibawah

Bahan-Bahan

  • 1 bungkus fruit jelly
  • 350 gm gula pasir
  • 1/2 sudu besar jus Oren Sunquick/ Oren Emulqo
  • 1000 ml susu segar
  • 25 gm serbuk agar-agar
  • 600 ml air
  • 300 ml UHT Whipping Cream
Cara Membuat Puding Polkadot Fruit Jelly

1. mula-mula campurkan susu segar, air, dan serbuk agar-agar kemudian masak hingga mendidih dan bila sudah mendidih matikan api dan masukan whipping cream dan kacau rata.

2. ambil 800 ml agar-agar, kemudian masukan 1/2 sudu besar jus oren quick dan kacau rata lalu ketepikan

3. siapkan loyang dan atur fruit jelly diatas loyang. kemudian ambil 400ml agar-agar orange dan tuangkan 1/2 paras fruit jelly ke dalam loyang. 

4. biarkan hingga membeku dan kemudian tuangkan sisa lebihan agar-agar tadi ke dalam loyang dan bairkan membeku.
Resepi Puding Polkadot Fruit Jelly

5. kemudian atur kembali fruit jelly ke tas lapisan tadi dan agar lebih lekat boleh cucuk menggunakan lidi. tuangkan agar-agar susu hingga menjadi penuh dan biarkan membeku lagi.

6. akhir sekali, tuang sisa baki agar-agar orange ke atas lapisan tadi. bila sudah selesai boleh sejukan didalam peti sejuk/ freezer dan bila sudah beku siap untuk dihidangkan.

saya ingat pertama kali ketika cuba membuat puding dan memang susah sampai-sampai saya minta selalu ditemani oleh mak. bagaimana mudah sahaja kan resepi puding polkadot fruit jelly dan sampai jumpa diresepi berikutnya.

Resepi Chilled Mango Cheese Cake/ Kek Keju Mangga

Apa Khabar dan salam sejahtera semua, sehat ke? hari ini saya ingin kongsikan resepi Chilled Mango Cheese Cake atau kek keju mangga. Hari Raya Aidil Fitri sebentar lagi tiba sama ada anda sudah menyiapkan resepi kek atau kuih raya?

makanan ini berbeza sikit sebab ianya jenis kek beku bukan jenis masak dalam oven dan kek ini memang sedap bahkan lepas makan kek tu. saya cuba buat sendiri sebab tak puas rasa makan sepotong. kek ini saya buat semalam sambil-sambil chat dengan kawan facebook.
Resepi Chilled Mango Cheese Cake

Resepi Chilled Mango Cheese Cake


sebenarnya saya sudah cuba tengok google tapi sepertinya belum banyak yang cuba share resepi ni. untuk membuat kek ni saya menggunakan Cheese yang sedap sedikit macam philadelphia by craft dan saya rasa chesse inilah yang paling sesuai dan sedap.

Artikel Berkaitan:



pasti sudah tidak sabar ke? jom kita layan resepi kek keju mangga sedap dibawah:

Bahan-Bahan

  • 250 gram cream cheese
  • 200 ml whipping cream - disejukan (1 kotak kecil)
  • 200 gram biskut - saya gunakan biskut marie
  • 2 - 3 buah mangga - buang kulit dan dikisar isi kemudian potong dadu
  • 100 gram mentega - dicairkan
  • 125 ml air sulam
  • 50gram - 60 gram gula halus
  • 1 1/2 camca besar gelatin halal - saya gunakan NUR
Cara Membuat Kek Keju Mangga

1. hancurkan biskut marie menggunakan food processor kemudian masukan mentega yang sudah dicairkan tadi sedikit demi sedikit sehingga boleh mendapatkan bancuhan yang boleh dikepal.

2. masukan campuran tadi kedalam tin springform berukuran 8 inci atau 20 cm kemudian tekan hingga padat dan masukan ke dala peti sejuk/ freezer

3. sekarang putar cream cheese bersama gula halus hingga menjadi berkrim. selepas tu masukan puree mengga tadi dan putar hingga rata.

4. dalam bekas berlainan putar whipping cream sampai mengembang dan masukan bancuhan keju tadi. gaul campuran tadi hingga rata boleh menggunakan spatula kemudian bila sudah rata ketepikan.

5. air suam bancuh bersama gelatin halal. kacau hingga menjadi jernih dan larut. selepas tu tuang bancuhan kedalam cheese dan kacau hingga rata.

6. masukan 1/2 buah mangga yang sudah di potong tadi dan gaul hingga rata. kemudian tuang kedalam tin yang disejukan kedalam dalam peti sejuk tadi dan ratakan.

7. akhir sekali, simpan kembali ke dalam freezer selam lebih kurang 4 jam dan keluarkan dari tin kemudian hias atasnya dengan baki buah mangga dan kek keju siap dihidangkan.

bagaimana mudah sahaja ke resepi chilled mango cheese cake yang saya share ini dan sampai jumpa diresepi sedap berikutnya ya.

Monday, 16 May 2016

Resepi Mee Siam Berkuah Singapura Sedap

resepi mee siam berkuah ialah makanan yang sangat popular di Singapura dan resepi ini berasal dari Masyarakat cina peranakan atau nyonya dan baba. mee siam adalah mee hoon goreng yang dimakan bersama kuah khusus yang dicampur bersama tauco.

semalam masa saya menulis entri ini, elektrik mati berkali-kali dan membuat entri ini hilang sebelum saya simpan dan amat terpaksa akhirnya saya menulis semula. makanan ini boleh dinamakan mee siam bila berkuah. tapi bila di goreng sahaja maka di panggil mee hoon sahaja.

Resepi Mee Siam Berkuah


makanan ini sangat sesuai bila untuk menyediakan tetamu dan bila saya ada kawan yang berkunjung ke rumah pasti saya menyediakan mee siam ini. bila kita hendak membeli mee siam di kedai pasti kuah agak cair seperti sup dan rasanya sangat sedap. tapi sila berhati-hati ini mungkin penggunaan serbuk MSG yang berlebihan.

tapi bila saya membuat sendiri biasanya kuah agak pekat dan tanpa penggunaan MSG atau bila menggunakan MSG hanya secubit kerana tak baik untuk kesihatan. baca juga : resepi bihun goreng special dan sedap.

mee siam ni agak unik dan ianya juga menjadi kegemaran kaun peranakan babo nyonya dan untuk membuat resipi ini juga mudah. sebenarnya saya sudah melihat kawan-kawan blogger yang di share dan ada pelbagai versi untuk membuatnya dan ikut selera masing-masing.

mee siam berkuah ni makin sedap bila ditambah dengan hiasan seperti telur rebus dan tahu goreng. jom langsung sahaja kita layan resepi sedap dibawah

Bahan-Bahan

  • 200 gram mee hoon - rendam hingga lembut dan toskan
  • 150 gram udang saiz kecil - kupas kulit, cuci dan rebus kulit tadi dan ambil air rebusan 
  • 1 camca besar sos tomato
  • 2 genggam taugeh 
  • 1 senduk nasi penuh cili kisar
  • 1 cekak kucai - dikerat dalam 1 inci
  • gula dan garam secukupnya
Bahan Kisar Halus
  • 5 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar - saiz sederhana
  • 1 genggam udang kering - cuci dan rendam kemudian toskan
  • secubit belacan - dibakar
Bahan Kuah
  • 2 keping hirisan lengkuas - diketuk
  • 2 camca besar kacang tanah - tumbuk
  • 3/4 camca teh pes asam jawa
  • 3/4 camca tauco - lecek hingga hancur
  • 1 batang serai - diketuk
  • 1 liter air rebusan kulti udang
  • 1/2 bahagian perencah untuk menggoreng mee siam
  • 1/4 cawan santan
  • air bila perlu
  • gula dan garam secukupnya
Bahan Hiasan
  • Telur rebus - belah 2
  • hirisan daun bawang
  • limau kasturi - belah 2
  • tauhu goreng - hiris
  • timun - hiris
  • sambal tumis (Opsyenal)
Cara Membuat Mee Siam Berkuah

a) Memasak Mee Siam

1. mula-mula panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis bahan kisar halus tadi hingga naik bau. selepas tu masukan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. agar tidak hangus gunakan api kecil ketika memasak.

2. ambil 1/2 bahagian untuk digunakan sebagai perencah dalam kuah. kemudian masukan sos tomato kedalam bahan yang ada didalam kuali bersama udang dan kacau rata. perasakan dengan gula dan garam secukupnya

3. masukan mee hoon dan kacau rata. gaul rata selalu hingga mee hoon masak dan lembut kemudian masukan kucai dan taugeh dan bila sudah masak boleh matikan api.

b) Memasak Kuah

1. siapkan periuk dan masukan 1/2 bahagian perencah yang diasingkan tadi bersama serai, pes asam jawa, lengkuas dan tauco. kacau rata dan masak sekejap.

2. masukan air rebusan kulit udang tadi dan kacau rata kemudian biarkan hingga menididih. bila sudah mendidih masukan santan dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. masukan kacang tanah tumbuk dan masak hingga mendidih dan matikan api.

c) Cara Menyediakan Mee Siam Berkuah

1. ambil mee siam goreng dan taruh ke dalam pinggan secukupnya kemudian tuang kuah secukupnya dan masukan bahan hiasan tadi seperti telur rebus, hirisan daun bawang dan lainya.

2. bila anda suka pedas boleh tambahkan sambal tumis atau sos cili

Akhir Kata.......

bila anda singgah di johor dan ingin mencuba mee siam berkuah sinagapura ini boleh membelinya di kampung melayu yang berhadapan dengan sekolah agama. ada banyak deretan kedai disitu yang menjual sarapan pagi yang termasuk mee siam berkuah ni.

okay, sampai jumpa di resepi sedap berikutnya ya dan bila entri ini bermanfaat anda boleh share melalui media sosial dibawah.

Sunday, 15 May 2016

Resepi Tomyam Putih Paling Sedap

Resepi Tomyam Putih ialah makanan yang sangat popular di masyakarat malaysia. rasa kuah dan daging ayam yang sedap membuatkan lidah saya ingin terus makan. hari ini saya sebenarnya mat rasa macam tak reti nak bercerita banyak.

saya teringat resepi tomyam putih sedap ini ialah mula-mula rakan facebook share dan nampak sedap pun senang senang membuatnya. bahan-bahan yang digunakan untuk membuatnya tak susah kerana biasa saya menyediakan di dapur.
Resepi Tomyam Putih

Resepi Tomyam Putih 


bila anda tak suka guna ayam anda juga boleh gunakan udang. jom kita layan semak resepi sedap dibawah dan semoga bermanfaat untuk anda.
Baca Juga : Resepi Tomyam Ayam Pekat dan Sedap

Bahan-Bahan

  • 1/2 kg ayam - potong sederhana dan cuci bersih kemudian toskan
  • 4 biji limau kasturi - ambil jusnya
  • 7 batang sweet peas - kerat 2
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 ulas bawang putih - hiris halus
  • 3 kuntum cendawan butang - belah 2 setiap 1
  • 2 camca besar sos ikan
  • 10 biji chili padi thai merah - dititik
  • 1 batang serai - ditik
  • 1 biji bawang besar - belah 6
  • 1/2 inci lengkuas - dititik
  • 1/2 inci halia - dititik
  • 1/2 cawan santan
  • 1 batang saleri - kerat
  • gula dan garam secukup rasa
  • air secukupnya
  • 1 biji tomato - belah 6
Cara Membuat Tomyam Putih

1. panaskan minyak kemudian tumis bawang putih hingga naik bau. masukan ayam dan masak hingga ayam setengah masak. 

2. masukan air secukupnya kemudian masukan halia, bawang besar, serai, lengkuas, lobak merah, dan cili padi thai. biarkan hingga air mendidih dan semua bahan agak lembut.

3. perasakan dengan gula dan garam secukupnya, kemudian masukan sos ikan bersama santan dan saleri kemudian kacau rata. renihkan sambil dikacau agar bumbu masak dengan sempurna.

4. akhir sekali, masukan juslimau kasturi, tomato, sweet peas, jus limau kasturi, dan cendawan. masak sekejap sambil dikacau rata. dan bila sudah masak boleh matikan api dan hidangkan bersama nasi panas-panas.

mudah sahaja kan resepi tomyam putih ini dan anda juga boleh letak seafood atau meet lagi best dan lebih sedap bila letak udang galah. dan sampai jumpa di resepi sedap berikutnya.

Saturday, 14 May 2016

Resepi Biskut Jejari Roti Coklat Lazat

hello, apa khabar. saya harap anda semua sihat agar selalu boleh menyediakan masakan sedap untuk keluarga. okay, hari ini saya ingin kongsikan resepi biskut jejeri roti coklat yang pastinya sedap. bulan puasa sebentar lagi tiba dan biksut jejari coklat sangat sesuai untuk hidangan kuih raya.

sebenarnya, bukan saja masa hari raya malah saya sering membuatnya di hari biasa kerana ianya senang dan tak menjemukan macam biskut raya lainya. masa hari raya memang saat yang sesuai untuk cuba macam-macam resepi.
Resepi Biskut Jejari Roti Coklat

Resepi Biskut Jejari Roti Coklat


sebenarnya, biskut jejari coklat sudah banyak yang share juga kat cik google. memang sedap dan senang sahaja membuat resepi ini dan saya lihat rakan-rakan blogger kebanyakan sudah expert untuk membuat kuih raya.

hari raya tahun lepas saya selalu order biskut jejari coklat ni kerana masa itu saya tak tahu cara membuatnya. biskut ini juga sangat popular di masyarakat Malasyia kerana ramai orang yang order dan repeat order berkali-kali walau selepas hari raya.

mungkin anda ialah salah satu orang yang sering order biskut ini ketika hari raya tiba. tapi, sekarang anda tak perlu lah membuang wang dan lebih baik membuat sendiri di rumah. jom kita layan resepi biskut jejari roti coklat sedap dibawah.

Bahan-Bahan
Resepi Biskut Jejari Coklat


  • 1 pek nestum original
  • 500 gm coklat masakan 
  • 1 pek besar roti high 5
Cara Membuat Biskut Jejari Coklat


1. mula-mula potong bahagian tepi roti menggunakan gunting. kemudian potong panjang-panjang dan kemudian potong dua plak. jadi sekeping roti boleh dapat 14 bahagia potongan.

2. siapkan dulang untuk membakar roti dan roti yang sudah di potong tadi di atur diatas dulang. sesuaikan agar tidak berlapis-lapis sebab hasilnya nanti kurang rangup

3. bakar roti tadi selama lebih kurang 15 minit pada suhu 120'C dan ingat jangan sampai roti berwarna hitam. cukup sampai roti berwarna kuning-kuning gitu.
Resepi Biskut Jejari Roti Coklat

4. okay, sekarang cairkan coklat dengan cara double boiler yaitu masukan coklat dalam mangkuk kemudian masukan ke dalam periuk berisi air mendidih dan rebus coklat sambail mengkacau hingga cair
Resepi Biskut Jejari Roti Coklat

5. bila coklat sudah mencair boleh celupkan roti yang sudah dibakar tadi dan letakan dalam mangkuk berisi nestum dan golek-golekan hingga rata dan biskut jejari coklat siap untuk dihidangkan.

Akhir Kata...

membuat kuih raya sendiri memang sangat menyenangkan kerana boleh menghemat wang dan inilah resepi biksut jejari roti coklat yang saya kongsikan dan sampai jumpa di resepi sedap berikutnya ya.

Friday, 13 May 2016

Resepi Spaghetti Carbonara Cheese Paling Sedap

Hari ini saya ingin share resepi spaghetti carbonara yang sangat mudah dan makanan ini sangat sesuai untuk orang bujang atau anak-anak kerana tak boleh menunggu lama untuk menyiapkanya. resepi yang aku guna ini simple je dan dijamin sedap.

bagi korang yang tidak pernah memasak boleh sikit-sikit kena belajar masuk dapur untuk belajar masak. biasanya saya selalu order spaghetti carbonara bila tidak ingin memasak. tapi, saya terkena muak kerana nak cari yang sedap susah sangat.
Resepi Spaghetti Carbonara Cheese

Resepi Spaghetti Carbonara


sebenarnya, saya dapat resipi ini dari rakan facebook dan ketika saya lihat saya ingin terus mencuba di dapur. memang mudah resepi ini kerana tidak memerlukan masa yang lama untuk menyediakanya. jom kita layan resepi sedap dibawah.

Bahan-Bahan

  • 1/2 paket spaghetti
  • 6 ulas bawang putih - potong dadu
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 3/4 tin mushroom soup
  • 2 batang sosej ayam
  • lada hitam
  • parmesan cheese
  • 500 ml susu segar
  • 1/4 paket ayam kisar
  • mix herb
  • gara secukupnya
Cara Membuat Spaghetti Carbonara

1. mula-mula rebus spaghetti hingga lembut selama lebih kurang 20 minit kemudian masukan sedikit minyak dan garam ketika merebus

2. panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis bawang puith dan bawang besar hingga harum. masukan ayam kisar dan bila sudah separuh masak masukan juga sosej

3. kemudian masukan mushroom soup bersama susu segar dan bila kuah terlalu pekat boleh tambahkan dengan air atau susu segar.

4. lepas tu masukan lada hitam, mix herb, dan garam kemudian gaul rata. taburkan sedikit cheese dan gaul hingga rata. matikan api dan spaghetti carbonara siap untuk dihidangkan.

bagaimana mudah sahaja kan resepi spaghetti carbonara cheese ini dan sampai jumpa di resepi sedap berikutnya ya.

Thursday, 12 May 2016

Resepi Kuih Siput Rangup dan Sedap

Resepi Kuih Siput Rangup ialah makanan yang popular di masyarakat Malaysia yang sering dibuat terutamanya apabila tiba musim perayaan. saya senang membuatkan kuih siput ni untuk keluarga tapi yang bosanya adalah masa untuk menyiputnya makan masa.

pada asalnya, saya terpandang resepi kuih siput dalam youtube try masak yang menggunakan bahan yang simple menyebabkan saya ingin mencubanya di rumah. saya adalah penggemar kuih siput dan bila hari raya tiba akan membelinya dalam jumlah yang banyak.
Resepi Kuih Siput Rangup

Resepi Kuih Siput


tapi, bila saya membeli dalam jumlah yang banyak sayang dengan wangnya kan. akhirnya saya mencuba membuatnya sendiri agar lebih hemat. kuih siput ni sangat sedap bahkan saya sering makan sendiri dan tak sempat beraya pun kuih siput itu.

bahan-bahan untuk membuat kuih siput tak susah korang boleh tengok sahaja kat dapur bahan-bahanya adalah masakan biasa di rumah jadi tak payah beli macam-macam. jom sekarang kita layan resepi sedap dibawah.

Bahan-Bahan (anggaran 1 balang sederhana)

  • 600 gm tepung gandum
  • 6 tangkai daun kari - dicampur semasa menggoreng
  • 15 gram udang kering - digoreng dan kisar
  • 15 gram serbuk jintan manis
  • 15 gram serbuk jintan putih
  • 220 gram marjerin - dicairkan
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 1 biji telur
  • 2 tangkai daun kari - cincang
  • 150 ml air - jangan masukan seluruhnya
  • garam secukup rasa
  • 2 ulas bawang putih - hiris halus kemudian goreng dan dikisar
Cara Membuat Kuih Siput 

1. cairkan marjerin dan sejukan dengan cara ketepikan dan suam-suam sebentar. kemudian gaul tepung bersama marjering tadi 

2. kisar bawang putih dan udang yang sudah digoreng tadi dan dalam satu bekas campurkan bahan kisar bersama garam dan gaul hingga rata.

3. masukan juga bahan lainya ke dalam tepung yang sudah disebatikan dengan marjerin tadi.

4. gaul rata dan masukan telur kedalam adunan tadi kemudian masukan air sedikit demi sedikit dan uli sampai betul-betul sebati dan bila adunan sudah tak melekat tandanya sudah siap. campurkan dengan bahan kisar tadi dan uli hingga menjadi adunan doh yang kental.

5. cubit sedikit adunan dan gentel bagi bulat kemudian tenyeh diatas papan kuih siput yang sudah anda siapkan sebelumya.

6. panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng dengan api sederhana. kerana ianya agak tebal semasa menggoreng jangan kuat sangat agar masak dalamnya dan rangup. bila sudah lebih kurang 5 menit masukan setangkai daun kari yang sudah dilurut daunya.

7. akhir sekali, bila sudah masak angkat dan toskan

Rahsia Membuat Kuih Siput Rangup dan Sedap

1. agar hasil kuih siput lebih rangup pastikan api tidak terlalu panas
2. campuran marjerin membuatkan doh menjadi rangup dan lembuit ketika di goreng
3. agar rasa lebih sedap boleh tambahkan sedikit gula ke dalam adunan tadi

Resepi Kuih siput yang saya kongsikan ini memang agak receh untuk membuatnya tapi hasilnya memang sangat memuaskan hati dan sampai jumpa di resepi sedap berikutnya ya.

Tuesday, 10 May 2016

Resepi Bubur Kacang Hijau Sedap

hello pembaca setia blogopsi.com apa khabar semua, sihat ke? hari ini saya nak kongsikan resepi bubur kacang hijau. saya suka makan benda-benda yang manis dan yang paling saya suka ialah bubur kacang hijau.

bubur kacang hijau sangat popular di masyarakat malaysia. sebenarnya, saya sudah berkongsi resipi bubur lainya yang boleh anda baca pada entry dibawah:

puasa sebentar lagi tiba dan bubur kacang hijau sangat sesuai untuk menu berbuka puasa. setiap berbuka puasa pasti saya tak lupa untuk menyediakan bubur ni sebab rasanya yang manis boleh menggantikan gula yang hilang dalam badan ketika berpuasa.
Resepi Bubur Kacang Hijau

Resepi Bubur Kacang Hijau


bubur kacang hijau paling sedap bila dimakan sejuk-sejuk atau dihidangkan masa minum petang tapi ingat jangan bubuh gula melaka banyak-banyak. bubur kacang hijau sering mendapat permintaan di bulan puasa ia juga semakin mendapat tempat bila diadakan majlis-majlis keraian sebagai salah satu makanan pencuci mulut.

semakin sedap bila nak tambahkan durian, jom langsung sahaja kita layan resepi sedap dibawah:

Bahan-Bahan
  • 2 - 3 cawan kacang hijau - cuci dan rendam semalaman
  • 1 ketul gula melaka - potong kecil @
  • 1 cawan air @
  • 1/3 cawan gula pasir [tanda @ dimasak hingga gula tapis dan larut]
  • 1/4 camca teh garam
  • 1 liter santan
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • gula pasir - opsyenal
  • roti atau biskut krim kraker - opsyenal
  • air bila perlu
Cara Memasak Bubur Kacang Hijau

1. mula-mula rebus kacang hijau hingga kembang kemudian masukan air gula merah dan sedikit air bila perlu. kacau hingga masak dan bila sudah mendidih masukan daun pandan.

2. masukan 1/4 teh garam bersama santan, kacau dan masak lagi hingga mendidih gunakan api sederhana dan kacau selalu.

3. bila kurang manis boleh tambahkan gula sesuaikan dengan selera masing-masing dan matikan api bila sudah masak.

4. akhir sekali, hidangkan bersama roti atau biskut krim kraker bila anda suka.

bagaimana mudah snagat kan resepi bubur kacang hijau ni dan sampai jumpa di artikel sedap berikutnya.

Monday, 9 May 2016

Resepi Tomyam Ayam Pekat dan Mudah

halo jumpa lagi di blogopsi.com hari ini saya ingin kongsikan resepi tomyam ayam pekat dan mudah. mula-mula saya ingin meminta maaf kerana blog ini tidak saya update selama 1 minggu sebab saya ada bercuti bersama keluarga.

sebenarnya sudah lama saya simpan entri ni, malam ini kena share juga resepi ni. biasanya apabila saya memasak tom yam ayam pekat nih jangan pedas terlampau. kena sesuaikan dengan tekak kanak-kanak jua.
Resepi Tomyam Ayam

Resepi Tomyam Ayam


tomyam ayam ni sangat sedap lagi mudah, kuahnya pekat dan agak masam membuat korang tidak sabar ingin mencubanya. sekurang-kurangnya bila ibu-ibu masak bagi keluarga makan, mereka semua happy dan saya pun turut happy itulah sebab saya tak sabar ingin kongsikan resepi ini.

resepi ini juga sesuai bila anda ingin memasak benda yang cepat sahaja yang berkuah, lauk, dan sayur dan yang paling sesuai memang tomyam ayam pekat sedap ni. jom kita layan resepi dibawah.

Bahan-Bahan

  • 1/4 ekor ayam - potong kecil
  • 3 biji cili padi
  • 4 helai daun limau purut - buang urat daun tengah
  • 2 sudu perencah tomyam
  • 3 batang serai - diketuk
  • 1 biji tomato
  • pelbagai sayuran - saya gunakan carrot & caulifower
  • 1 biji bawang besar - hiris
  • 1 cm halia - ketuk
  • 1 cm lengkuas - diketuk
  • air secukupnya
  • gula dan garam 
  • 1 biji limau kasturi
  • 1 sudu susu pekat
Bahan Kisar
  • 4 biji bawang merah
  • 1 - 9 biji cili merah - sesuaikan pedas menurut selera
  • 1 biji tomato
  • 1 batang serai
Cara Membuat Tomyam Ayam Pekat

1. mula-mula panaskan minyak dalam periuk kemudian tumis bahan kisar hingga garing dan harum. masukan perencah tomyam dan gaul hingga sebati. 

2. masukan air kedalam periuk dan masukan pula ayam dan bila ayam agak mulai masak masukan lengkuas, serai, daun limau purut, dan bawang besar. halia, dan sayur. biarkan sekejap.

3. perah limau kasturi dan ambil airnya kemudian masukan gula, garam, susu pekat, dan tomato.

4. akhir sekali, bila sudah masak boleh matikan api dan siap dihidangkan bersama nasi putih panas-panas.

bila anda menganggap resepi ini berguna boleh share dengan adik-adik untuk depa plak try masak dan mudah sahaja kan resepi tomyam ayam pekat ini. sampai jumpa di resepi sedap berikutnya.

Wednesday, 4 May 2016

Resepi Ayam Masak Bali Sedap

Halo Jumpa lagi, hari ini saya ingin berkongsi Resepi Ayam Masak Bali. masakan ini sangat sedap dan popular di sosial media. resepi ini tak sengaja saya dapat dari rakan di facebook. sebenarnya, saya memang jarang membuka media sosial tapi hari itu entah kenapa saya ingin membuka facebook yang sudah lama saya tinggalkan.

kerana ingin tahu bagaimana rasa dari ayam masak bali ini akhirnya saya ingin ikut mencuba juga. memang sedap... sangat! kalau buat cicah ketupat pun best. terasa wangi serai dan daun kari tu.... semua perisa terasalah kat tekak tu.
Resepi Ayam Masak Bali

Resepi Ayam Masak Bali


rata-rata orang yang sudah mencuba membuatnya bagi feedback sedap dan wangi. dari apa yang saya nampak menu ini memang simple dan bahan-bahan tak banyak. saya gunakan 1/2 ekor ayam saiz sederhana.

yang paling penting untuk membuat menu ini ialah serai kena lebih dan tak lupa daun kari. jom langsung saja kita layan resepi ayam masak bali sedap dibawah.

Bahan-Bahan

  • 6 batang serai - ketuk
  • 1 camca besar kicap manis jalen
  • 4 pelepah daun kari
  • 1/3 cawan cili kisar
  • 1/2 cawan air
  • garam secukup rasa
  • 1 camca besar rata gula atau secukup rasa
  • 1 camca teh penuh kunyit serbuk @
  • 1/2 ekor ayam saiz sederhana - potong selera, cuci bersih dan toskan @
  • 3/4 camca teh garam @ (tanda @ disatukan gaul rata dan perap sekejap)
Bahan Kisar Halus
  • 8 ulas bawang putih
  • 1/2 inci belacan
  • 4 biji bawang besar
  • 1inci halia
Cara Membuat Ayam Masak Bali

1. panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng ayam tadi hingga masak tapi ingat jangan sampai garing caranya gunakan api sederhana. angkat dan toskan

2. kurangkan minyak dalam kuali hingga tinggalkan 1/4 cawan minyak. tumis serai hingga naik bau kemudian masukan daun kari dan masak sebentar sahaja. masukan juga cili kisar bersama bahan kisar halus. kacau rata hingga naik minyak dan agak garing.

3. masukan gula dan garam secukup rasa. masukan ayam yang sudah di goreng tadi dan tambahkan air kacau sekali sekala dan biarkan hingga kuah pekat.

4. akhir sekali, tambahkan kicap lemak manis dan gaul hingga rata. masak sekejap dan bila sudah masak boleh matikan api dan hidangkan bersama nasi putih panas-panas.

bagaimana mudah sahaja kan resepi ayam masak bali ni. okay, sampai jumpa di resepi sedap berikutnya.

Tuesday, 3 May 2016

Resepi Asam Pedas Ayam Simple dan Sedap

Hari ini saya ingin kongsikan resepi asam pedas ayam, biasanya saya membuat asam pedas selalu menggunakan ikan dan ini adalah first time saya cuba membuat asam pedas menggunakan ayam. sebenarnya, saya sudah lama tak buat asam pedas tapi entah kenapa semalam tiba-tiba teringin makan asam pedas ayam.

untuk orang pecinta masakan asam pedas ayam boleh menjadi makanan yang tidak asing. terakhir saya juga sudah menulis resepi sedap lainya yang boleh anda baca dibawah.

Resepi Berkaitan:

resepi ini saya pelajari dari rakan di facebook tapi tidak sama persis sebab saya masak mengikut selera. asam pedas sebenarnya amat mudah untuk disediakan, menyegarkan, dan menyihatkan.
Resepi Asam Pedas Ayam

Resepi Asam Pedas Ayam


jom kita layan resepi sedap yang seakan jadi fenomena pula dalam dunia masakan dibawah.

Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam - potong kecil
  • sekuntum bungan kantan - belah 5
  • sedikit lada hitam - tumbuk kasar
  • 1 batang serai - dititik
  • air asam jawa - secawan air dicampur 50gn asam jawa
  • 3 cawan air
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • daun kesum
Bahan Kisar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit
  • 34 tangkai cili kering - gunting rendam dan toskan
  • sebesar saiz ibu jari belacan
  • 7 ulas bawang merah
Cara Membuat Asam Pedas Ayam

1. panaskan minyak dalam kuali kemudian bila minyak dah panas tumis bahan kisar tadi bersama serai hingga harum

2. masukan daun kesum, bungan kantan, dan ayam. kemudian gaul sebati dan tutup kuali. biarkan hingga ayam mengecut.

3. masukan juga air asam jawa dan gaul sebati. masukan lada hitam dan perasakan dengan garam secukup rasa kemudian gaul sebati. tambahkan air secukupnya

4. akhir sekali, tutup kuali dan tunggu hingga ayam empuk. tunggu hingga kuah ayam sudah pekat yang sesuai. matikan api dan hidangkan asam pedas ayam bersama nasi putih panas-panas.

Akhir Kata......

biasanya kuah ayam lebih pekat dan berminyak berbanding dengan kuah ikan. itulah resepi asam pedas ayam yang saya kongsikan dan sampai jumpa diresepi sedap berikutnya.

Sunday, 1 May 2016

Resepi Kacang Pool Haji Paling Mudah

setiap Aidil Adha tiba pasti semua umat islam di seluruh dunia merayakanya dan ada sebahagian orang yang pergi haji di tanah arab. biasanya menu yang biasa di hidangkan ialah kacang pool. hari ini saya ingin berkongsi resipi kacang pool haji paling mudah.

sejak makan kacang pool haji masa balik saya amat suka dan saya cuba mencari resipi kacang pool ini. akhirnya, ada rakan facebook yang share cara buat kacang pool haji ni. senang je hubby masak kacang pool.
Resepi Kacang Pool Haji

Resepi Kacang Pool Haji


biasanya setiap hari Idul Adha tiba kita cuti 2 hari, boleh rehat-rehatkan badan dan tenangkan fikiran. kacang pool haji sangat popular di masyarakat Johor dan Singapura. masakan ini awal mulanya dibawa oleh orang-orang arab ke Malaysia dan lama-kelamaan ia menjadi sebahagian himpunan resepi tradisi.

kacang pool haji boleh kita temui di kedai-kedai orang arab seperti suria, Mesir dan sebagainya. bahan utama masakan ini ialah kacang pool yang dimsak bersama daging cincang dan dihidangkan bersama telur mata kerbau bawang besar yang didadu, hirisan cili hijau, dan tomato yang di potong dadu.

anda boleh juga menggunakan daging kambing sebagai pengganti daging lembu. jom langsung saja kita layan resepi kacang pool haji sedap dibawah.

Bahan-Bahan

  • 10 biji bawang merah @
  • 4 ulas bawang putih @
  • 1 inci halia @ [tanda @ dikisar halus]
  • 300 gram daging lembu dicincang
  • 2 camca besar rempah kari daging - baba's
  • 1 tin kacang pool
  • 1 tin red beans, sebarang jenama
  • 1 camca teh lada hitam - ditumbuk halus
  • 1 tin kecik baked beans
  • 1 camca besar serbuk ketumbar
  • 2 camca besar minyak sapi
  • gula dan garam secukupnya
  • air secukupnya
  • minyak untuk menumis
Bahan Lain
  • limau kasturi - belah 2
  • bawang besar - didadu kecil
  • cili hijau - dipotong
  • Roti naa - boleh gunakan roti perancis atau semabarang roti
  • tomato - didadu
  • minyak sapi dipanaskan hingga cair

Cara Membuat Kacang Pool Haji

1. cuci bersih daging cincang di bawah air paip tapi sebelumya letakan di dalam tapis kemudian toskan. remas kacang pool hingga pecah tapi jangan sampai lumat. kemudian satukan serbuk ketumbar, rempah kari, dan air 1/3 cawan kemudian kacau rata hingga menjadi pes dan ketepikan.

2. panaskan sedikit minyak dalam periuk kemudian masukan minyak sapi dan biarkan sekejap. kemudian tumis bahan kisar halus tadi hingga naik bau. masukan pes rempah dan kacau hingga rata. gunakan api kecil dan kacau sentiasa hingga naik minyak. kemudian masukan daging cincang dan masak selama 10 minit.

3. masukan 1 liter air (boleh kurangkan sesuai selera) kacau hingga air mendidih. masukan baked bean, kacang pool, dan kacang merah. kacau sentiasa dan gunakka api sederhana selama lebih kurang 12 minit.

4. akhir sekali, masukan lada hitam tumbuk dan perasakan dengan gula dan garam. kacau rata dan masak sekejap dan bila sudah masak boleh matikan api.

Cara Menghidangkan

bila hendak menghidangkan, cedok kacang pool secukupnya kedalam mangkuk sesuai kemudian taburkan cili hijau, tomato, dan sedikit bawang besar dan letak sekeping telur mata kerbau. tuangkan sedikit minyak sapi panas dan perahkan sedikit jus limau kasturi dan hidangkan bersama roti sesuai selera anda.

bagaimana mudah sahaja kan resepi kacang pool haji yang saya kongsikan ini dan sampai jumpa di resepi-resepi sedap berikutnya ye.