Monday, 25 April 2016

3 Resepi Topping Coklat Ganache Mudah

hello bunda, apa kabar anda? hari ini saya ingin kongsikan resepi topping coklat ganache mudah dan sedap. adakah anda tahu mengenai coklat ganache? ganache adalah krim coklat halus lembut dan berkrim. dianya mengandungi banyak sekali lemak dan bahan utamanya ialah lemak, air, gula, dan coklat.

Ganache berasal dari perkataan Perancis yang bermaksud 'cusion'. Ganache ada pelbagai fungsi seperti penambah perasa kepada puding atau kek, untuk hiasan dan menyalut kek.

ganache memiliki kemampuan untuk menyerap aroma atau bau dan tekstur dari ganache sangat penting untuk menentukan persepsi rasa dan bila anda hendak menyimpan ganache sebaiknya hindarkan dari makanan yang kuat baunya.
Resepi Topping Coklat Ganache

Resepi Topping Coklat Ganache 


coklat ganache sangat mudah disediakan dan sering digunakan untuk hiasan kek atau topping. seperti resepi yang saya share ini juga menggunakan coklat ganache sebagai topping. sebenarnya resepi ini boleh kita jumpai dalam buku resepi atau carian google kerana sudah banyak yang share.

tapi saya akan menulis beberapa resepi topping ganache yang boleh anda ikuti sesuai selera, jom kita tengok resepi dibawah.

#Resepi 1

Bahan-Bahan

  • 100 gm coklat masakan 
  • 3 sudu besar air panas
  • 1 sudu besar pekat manis
Cara-Cara

double boiler semua bahan diatas hingga sebati dan cair


#Resepi 2

Bahan-Bahan

  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sb minyak
  • 1/2 serbuk koko

Cara-Cara

masukan susu pekat manis bersama serbuk koko ke dalam periuk. kemudian gaul hingga sebati dan masak pada api kecil. selepas tu masukan minyak. gaul rata dan matikan api.

#Resepi 3

Bahan-Bahan

  • 2 cawan non diary whip cream
  • 1/8 cawan golden syrup
  • 500 gm coklat masakan
Cara-Cara

masukan whip cream ke dalam periuk kemudian didihkan. bila sudah mendidih masukan coklat dan kacau hingga rata. kemudian tambahkan golden syrup dan kacau sebati.

Akhir Kata......
Resepi Topping Coklat Ganache

ganache boleh disimpan didalam freezer dan boleh tahan selama sebula bila dibekukan dan bila hendak meggunakanya cairkan menggunakan teknik kukusan. resepi topping coklat ganache pelbagai cara orang membuatnya dan boleh disesuaikan dengan selera anda.

Sunday, 24 April 2016

Resepi Kek Aiskrim Kitkat Mudah dan Sedap

hello bunda, apa kabar? hari ini sangat panas dan membuat saya cepat haus. di musim panas seperti sekarang ini paling sedap memakan makanan sejuk-sejuk. selesai saya memikirkan idea untuk membuat makanan yang sesuai akhirnya saya putuskan untuk membuat kek aiskrim. resepi kek aiskrim kitkat yang akan saya kongsikan ini sangat mudah dan sedap juga.

terik panas di siang hari akan segera terubat bila menikmati hidangan sejuk. sebenarnya saya dapat resepi kek aiskrim ini dari rakan saya di facebook dan sudah saya simpan sudah lama juga. hari inilah hasrat untuk membuat aiskrim ini baru muncul.
Resepi Kek Aiskrim Kitkat

Cara Buat Kek Aiskrim Kitkat


saya sebenarnya sudah cukup banyak membuat resepi aiskrim dan bila anda ingin mencuba resepi aiskrim sedap lainya boleh baca pada artikel dibawah.

pada yang ingin mencuba resepi kek aiskrim kitkat ini yang pastinya sedap. jom kita layan resepi simple dibawah

Bahan-Bahan
  • 2 paket kecil bebola coklat kitkat
  • perisa aiskrim jagung/coklat - ikut sesuai selera
  • 1 paket besar coklat kitkat
  • papan/ tapak kek
  • cake ring
Cara Buat Kek Aiskrim Kitkat

1. siapkan papan kek untuk alas paling bawah kemudian letakan cake ring berbentuk bulat diatas papan kek.

2. selepas tu susun coklat kitkat disekeliling cake ring. masukan aiskrim ke dalam cake ring yang sudah disusun tadi dan ratakan menggunakan sudu.

3. kemudian taburkan bebola coklat kitkat diatasnya dan sejukan didalam freezer/ peti sejuk selama minimal 4 jam atau semalaman.

4. akhir sekali, bila dah sejuk buka cake ring dan kek aiskrim kitkat siap untuk dihidangkan.

bagaimana mudah sahaja kan resepi kek aiskrim kitkat yang saya kongsikan ini dan sampai jumpa di resepi sedap berikutnya. selamat mencuba.

Resepi Aiskrim Coklat Homemade Sedap dan Mudah

hello apa kabar anda hari ini? apakah telah bersedia untuk membuat resepi kegemaran keluarga? hari ini saya ingin kongsikan resepi aiskrim coklat sedap dan simple. sebenarnya resepi ini telah lama disimpan di draft dan baru boleh saya terbitkan hari ini.

resepi ini saya dapat dari rakan saya di facebook dan sebelulum saya kongsikan di blog untuk anda semua. saya sudah cuba membuat aiskrim coklat di rumah dan memang rasanya sangat sedap dan gebu macam aiskrim coklat jenama walls.

Resepi Aiskrim Coklat Simple

Resepi Aiskrim Coklat Sedap

beberapa hari lalu saya juga telah kongsikan resepi aiskrim yang tak kalah sedap lainya yang boleh anda baca dibawah.

jom kita layan resepi aiskrim coklat sedap dibawah.

Bahan-Bahan
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 1 biji telur - opsyenal
  • 1 gelas air suam
  • 1 sdu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besat ovelatte
  • 1/2 gelas susu pekat
Cara Penyediaan

1. siapkan blender kemudian masukan semua bahan tadi kedalam blender dan putar hingga sebati dan kembang atau selama lebih kurang 10 minit.

2. masukan bahan tadi kedalam bekas aiskrim dan tutup rapat

3. akhir sekali, simpan didalam freezer semalaman atau hingga beku dan aiskrim coklat homemade siap untuk dimakan.

bagaimana resepi aiskrim coklat ini senang sahaja kan dan sampai jumpa di resepi sedap berikutnya.

Wednesday, 20 April 2016

Resepi Aiskrim Oreo Malaysia Mudah

saya amat suka sekali aiskrim. bahkan, ketika zaman masih kecil sangguplah saya sehari suntuk makan aiskrim tu berbatang-batang sehari. memang indah jika mengingat zaman kecil dan rasanya saya ingin kembali menjadi anak-anak sahaja. hari ini saya ingin share resepi aiskrim oreo sedap dan mudah.

rasanya sudah lama juga tak makan aiskrim. oh iya beberapa hari lalu saya telah share resepi aiskrim sumi viral yang juga tidak kalah sedap. zaman dahulu aiskrim dibuat dengan mudah iaitu dengan aiskrim malaysia yang dibuat dalam palstik panjang.


Resepi Aiskrim Oreo

Resepi Aiskrim Oreo

zaman sekarang aiskrim telah bermacam-macam cara membuatnya termasuk aiskrim oreo ini. oke lah sekarang kita tengok cara membuat aiskrim oreo dan jom kita cuba di rumah.

Bahan-Bahan

  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu besar ovalett
  • 1 biji telur
  • 1 paket biskut oreo
  • 1/4 susu paket 
Cara Membuat Aiskrim Oreo

1. masukan semua bahan tadi kecuali biskut oreo kedalam blender atau mixer kemudian putar semua bahan tadi hingga kembang atau selama lebih kurang 15 - 20 minit.

2. tuang semua bahan tadi kedalam bekas ice cream dan masukan biskut oreo yang telah dihancurkan.

3. kemudian kacau rata biskut oreo dengan bahan yang diputar tadi.

4. akhir sekali, tutup bekas aiskrim dengan rapat kemudian simpan di peti sejuk/freezer dan bila sudah keras aiskrim siap untuk dimakan.

Note :


  • bila anda tak suka telur atau alergi telur resepi ini tetap sedap waaupun tak letak telur.
  • esen vanilla berguna untuk menghilangkan bau hanyir telur jadi tak usah takut meletakan telur yang masih mentah.
bagaimana senang sahaja kan resepi aiskrim oreo yang saya kongsikan ini dan sampai jumpa di artikel selanjutnya.

Monday, 18 April 2016

Resepi Sandwich Telur Hancur Sedap

selamat pagi semoga hari ini kita masih diberikan kesihatan supaya boleh selalu memasak masakan sedap untuk keluarga. akan memasak apa anda hari ini? bila belum mempunyai idea memasak boleh mengikuti resipi sandwich telur hancur yang akan saya kongsikan.

resepi sandwich telur adalah yang paling mudah untuk disediakan diwaktu sarapan pagi atau minuman petang. boleh juga untuk disediakan untuk bekalan sarapan anak-anak ke sekolah. mudah sangat sandwich telur ini budak-budak pun boleh buat.
Resepi Sandwich Telur Hancur

Resepi Sandwich Telur Hancur


banyak juga yang sudah share resepi ini cuma mungkin cara menyediakanya yang sedikit berbeza. tapi tak ape lah saya simpan di blog ini untuk rujukan anak-anak dimasa depan. sebab walaupun resepi ini mudah bila tidak tahu cara membuatnya sama sahaja kan.

Jom Kita layan resepi sandwich telur hancur dibawah.

Bahan-Bahan

  • sebuku roti tawar/ sandwich
  • 3 biji telur rebus
  • 25 gm mayonise
  • butter/ mentega
  • serbuk lada sulah
  • sedikit garam
  • timun
  • tomato
Cara Membuat Sandwich Telur

1. timun buang biji kemudian potong tomato dan timun menjadi dadu dan ketepikan

2. masukan telur rebus tadi kedalam mangkuk tetapi sudah di kupas sebelumnya dan hancurkan telur.

3. masukan tomato, garam, timun, mayonaise dan serbuk lada sulah ke dalam telur yang sudah dihancurkan tadi. kemudian kacau rata hingga tercampur

4. sapukan butter diatas roti dan letakan campuran telur hancur yang sudah dicampur tadi ke atas roti

5. sapukan butter pada sekeping roti lainya dan lapiskan pada kepingan roti tadi

6. akhir sekali, potong kepingan roti sesuai selera kemudian hindangkan.
Resepi Sandwich Telur

Akhir Kata.....

bagaimana resepi sandwich telur hancur yang saya kongsikan ini mudah sahaja kan? sampai jumpa di artikel seterusnya ya.

Sunday, 17 April 2016

Resepi Telur Bungkus Ayam Paling Sedap

Hello, semoga anda selalu sihat dan sejahtera. hari ini saya ingin berkongsi resepi telur bungkus ayam paling sedap. resepi ini masih berkaitan dengan beberapa artikel tentang resepi untuk orang bujang kerana makanan ini sangat praktikal untuk dimasak terutama ketika bulan puasa.

untuk resipi yang akan saya buat ini menggunakan ayam tapi anda boleh juga menggunakan daging Kisara atau daging burger. kenapa saya pakai ayam? sebab menurut saya bila gunakan ayam rasanya lebih sedap dan saya termasuk orang yang menggemari ayam.
Resepi Telur Bungkus

Resepi Telur Bungkus Ayam Sedap


telur bungkus ayam ini sangat mudah dan tidak diperlukan banyak bahan untuk membuatnya dan akan lebih sedap bila letakan sedikit lada sulah dan garam dulu. tapi bila gunakan daging burger saya tak letakan apa-apa.

Artikel Berkaitan:


jom kita layan resepi telur bungkus ayam sedap yang sangat sesuai untuk orang bujang dan perantauan ini.

Bahan-Bahan

  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 genggam lebih ayam - potong dadu
  • 1 besar kicap manis
  • 1 ulas bawang putih - cincang halus
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 abu bawang besar - potong dadu kecil
  • sedikit lada sulah dan garam
  • sedikit mix veggie - optional
Cara Buat Inti Telur


1. perasakan ayam dengan sedikit lada sulah dan garam kemudian ketepikan.

2. panaskan sedikit minyak dalam kuali kemudian masukan bawang besar dan bawang putih dan biarkan sekejap hingga layu. selepas tu masukan ayam yang sudah diperasakan dengan lada sulah dan garam tadi. biarkan masak hingga sekata

3. masukan mix veggie dan biarkan sekejap. kemudian masuka semua sos dan kacau rata. bila inti terlalu kering boleh tambahkan air secukupnya. bila inti sudah masak ketepikan.

Cara Memasak Telur Bungkus Ayam

1. pukul telur dengan sedikit garam kemudian panaskan minyak dalam kuali dan masukan telur tadi. gunakan api kecil ketika memasak telur.

2. supaya telur menjadi bulatan besar dan tipis pusing-pusingkan kuali hingga semua telur tadi rata. bila telur sudah masak angkat dan letakan didalam pinggan besar.

3. letakan inti diatas telur tadi kemudian lipatkan telur. ambil satu pinggan lagi dan dekapkan telur tadi

4. akhir sekali, sekarang letakan hiasan diatas telur sesuai selera anda dan telur bungkus ayam sedap siap untuk dihidangkan.

Akhir Kata........

inilah resepi telur bungkus ayam sedap yang saya kongsikan hari ini dan sampai jumpa di artikel seterusnya.

Wednesday, 13 April 2016

Resepi Telur Bistik Mudah dan Sedap

Resepi Telur Bistik sudah menjadi kegemaran untuk mereka mereka yang bujang sebab hidangan ini sangat ringkas dan mudah tetapi sedap dan sangat sesuai untuk hidangan menjamu diri sendiri atau menjamu kawan-kawan.

bila anda tiada selera untuk memakan daging atau ikan maka telur bistik inilah yang boleh menjadi pilihan terbaik untuk anda atau boleh menjadi penyelamat bila anda terlewat untuk bangun pagi.

Resepi Telur Bistik Mudah

Resepi Telur Bistik Mudah

untuk resepi yang akan saya share ini menggunakan 3 biji telur. tapi engkau boleh menambahkan menjadi 4 atau 5 sesuai selera anda. semua orang suka resepi sedap ini. anak-anak kerap meminta untuk menyediakan ini.

cuma kalau macam buat untuk anak-anak janganlah pedas biarlah dia biasa-biasa sahaja. jom kita layan resepi telur bistik sedap dibawah.

Bahan-Bahan

  • 3 biji telur - dipukul sedikit
  • 5 biji cili padi - cincang halus
  • 2 ulas bawang putih -  cincang halus
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 1 camca besar sos tomato
  • 1 camca besar sos tiram
  • 1 1/2 camca besar sos cili
  • 1/3 cawan daging cincang
  • 1 camca besar mayonaise
  • 1/2 kiub pati daging lembu
  • sedikit Sos Ikan
  • sedikit air
  • sedikit serbuk lada hitam
  • 1/4 cawan mix vege (jagung, kacang pis, karot)
  • 1/2 inci halia - cincang halus
Bahan Hiasan
  • hirisan daun bawang
  • cili merah - buang biji dan potong kecil
Cara Membuat Telur Bistik Sedap

1. panasan minyak, kemudian tumis cili padi, bawang putih, halia, dan bawang besar hingga harum. bila sudah harum masukan sos tiram dan kacau rata.

2. tambahkan daging cincang dan kiub daging (opsyenal) kemudian masukan sedikit air dan kacau rata. masak sekejap.

3. masukan sos tomato bersama dengan sos cili kemudian kacau rata dan masak menggunakan api kecil hingga pekat. tambahkan mix vege kemudian gaul rata dan masak sebentar.

4. perasakan jika kurang masin renjis dengan sedikit sos ikan. kemudian gaul hingga rata dan matikan api lalu ketepikan.

5. satukan telur dengan serbuk lada hitam dan mayonaise kemudian kacau rata. panaskan sedikit minyak menggunakan non-stick pan bersaiz 8 atau 9 inci. selepas tu goreng telur tadi hingga masak dan masukan ke dalam pinggan yang sesuai.

6. tuang semua bahan yang sudah dimasak pertama tadi diatas telur dadar dan ratakan. untuk hiasan tabur hirisan cili merah dan hirisan daun bawang.

7. akhir sekali, hidangkan bersama nasi putih hangat.

sebenarnya, ramai juga orang yang sudah buat resepi telur bistik ini cuma style mungkin agak berbeza dan sampai jumpa lagi diresepi berikutnya.

Tuesday, 12 April 2016

Resepi Tart Telur Mat gebu Paling Mudah

Hello jumpa lagi di blogopsi.com, sama ada anda peminat tart? jika benar anda berada di tempat yang tepat sebab hari ini saya ingin berkongsi resepi tart telur paling mudah dan sedap. beberapa hari lalu saya juga sudah berkongsi resepi telur yang lain yang boleh anda baca di bawah ini.

Artikel Berkaitan :


bila tengok bahan-bahan yang digunakan untuk membuat tart telur sukatan cawan ini tak nampak susah kerana semua bahan sudahada kat dapur. saya lihat masih ramai yang masih bingung bagaimana cara letak adunan dalam acuan tart dan akan saya terangkan caranya.

Resepi Tart Telur

Resepi Tart Telur Mat gebu

untuk letakan adunan dalam acuan tart mudah sahaja.

1. mula-mula bulatkan doh sebsar guli menggunakan jari dan masukan doh dalam acuan tart.

2. selepas tu tekan adunan dari tengah ke tepi dan ratakan adunan agak nipis sebab bila dibakar dia akan kembang.

3. kemudian potong lebihan bahagian doh yang ada di permukaan acuna. tekan doh dengan jari agar adunan kemas dan rata lebih.

4. cucuk dasar acuan menggunakan lidi dan buat semua hingga habis dan kemudian barulah doh tadi kita bakar.

doh ini boleh anda bakar menggunakan 2 cara, bakar telur kastard dengan kulit tart yang belum masak atau dengan kulit tart yang separa masak. jom kita layan resepi tart telur sedap dibadah.

Bahan-Bahan

  • 5 sudu besar gula - membukit
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2 biji telur gred A
  • 1 cawan susu
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
Cara Membuat Tart Telur
Resepi Tart Telur Mat gebu

1.bancuh semua bahan tadi hingga sebati kemudian ketepikan bahan. selepas tu ambil kulit/ acuan tart yang belum dibakar dan masukan adunan telur kastard didalam acuan tart.


2. akhir sekali, bakar bahan doh tadi kedalam oven bersuhu 180'C selama lebih kurang 25 minit atau hingga masak.

mudah sahaja kan resepi tart telur yang saya kongsikan ini dan sampai jumpa di artikel seterusnya ya.

Resipi Telur Goreng Masak Kicap Simple dan Sedap

hello, berjumpa lagi di blogopsi.com hari ini saya ingin kongsi resepi telur goreng masak kicap simple dan yang pastinya paling sedap. resepi ini sangat mudah terutama untuk bersahur di bulan ramadhan nanti.

telur masak kicap boleh menjadi pilihan yang terbaik apabila anda tiada selera untuk makan daging atau ikan. kadang-kadang orang kata ini lauk untuk orang bujang tetapi kami yang sudah berkeluarga ni pun suka sangat sebab resepi ini sangat ringkas.

Telur Goreng Masak Kicap

Telur Goreng Masak Kicap

saya sering terlewat bangun pagi dan resepi inilah yang menjadi penyelamat dan resepi ini paling sedap bila dihidangkan bersama sambal hijau dan nasi putih panas-panas. jom kita layan resepi telur goreng masak kicap yang membangkitkan selera ini.

Artikel Berkaitan:


Bahan-Bahan

  • 5 - 6 biji telur - di goreng mata kerbau
  • 3 cili padi - diketuk
  • daun bawang/ daun sup - dipotong panjang
  • 1 biji bawang besar - hiris membulat
  • gula dan garam secukup rasa - boleh ditambahkan serbuk perasa
  • minyak untuk menggoreng
  • air secukupnya
Bahan Sos
  • Kicap manis dan kicap masin - lebihkan sedikit kicap manis
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • [semua bahan sos disatukan dan dibancuh dengan sedikit air]
Bahan Tumis
  • 1 inci halia -  hiris
  • 1 sudu besar rempah sup - dibancuh dengan sedikit air
  • 2 biji bawang merah - hiris
  • 2 ulas bawang putih - hiris
Cara Masak Telur Masak Kicap

1. panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis halia, bawang merah, dan bawang putih hingga harum. masukan rempah sup dan tumis hingga kering.

2. masukan air sesuai selera kemudian kacau rata. masukan semua bahan sos tadi bersama gula, garam, serbuk perasa dan masak hingga mendidih.

3. bila kuah sudah mendidih masukan telur yang sudah digoreng tadi dan kacau semua bahan hingga meresap kedalam telur dan biarkan hingga air mendidih.

4. akhir sekali, masukan daun sup, daun bawang, bawang besar, potongan tomato dan cili. biar hingga bahan tadi merenah di atas dapur.

5. tutup api dan hidangkan bersama nasi putih panas-panas.

biasanya resepi ini sangat digemari oleh mereka yang bujang bujang atau rakyat malaysia yang jauh diperantauan. inilah resepi telur goreng masak kicap yang saya kongsikan saya harap boleh bermanfaat untuk anda.

Monday, 11 April 2016

Resepi Udang Goreng Tepung Rangup dan Mudah

Resepi Udang Goreng Tepung adalah makanan kegemaran saya kerana rasanya sangat rangup dan membuatnya juga mudah. biasanya bila beli di kedai masakan khas thailand kita boleh jumpai resepi sedap ini dan harganya ialah RM 3.5 untuk sepinggan atau 6 ekor udang goreng celup tepung.

Artikel Berkaitan:


anak-anak suka dan hubby sangat dengan udang goreng tepung ini. bahkan, bila saya kat pergi ke pasar pasti meminta saya untuk membeli udang. bila anda ingin membuat udang goreng tepung tak susah hanya sahaja diperlukan masa agak lama untuk penyediaanya.

Resepi Udang Goreng Tepung

Resepi Udang Goreng Tepung Rangup

udang goreng tepung akan terasa lebih rangup apabila dihidangkan panas-panas dan juga semakin sedap. biasanya saya menggoreng udang ini dibiarkan bengkok tapi anda boleh juga di goreng lurus seperti Ebi Tempura. Jom kita layan resepi udang goreng tepung rangup dibawah.

Bahan-Bahan
Resepi Udang Goreng Tepung


  • 80 gm tepung gandum
  • 25 ekor udang
  • 1 sudu kecil baing powder
  • 100 ml air
  • sedikit kunyit (bila ingin udang berwarna putih tak perlu letak kunyit)
  • sedikit garam

Cara Membuat Udang Goreng Tepung

1. siapkan mangkuk atau bekas kemudian masukan garam bersama baking powder dan tepung gandum. masukan air dan kacau hingga rata dan biarkan selama 30 minit sebelum digunakan atau boleh juga dimasukan ke dalam freezer.

2. bersihkan udang hingga benar-benar bersih kemudian keringkan udang dengan kitchen tissue dan pastikan semua bahagian udang benar-benar sudah kering.

3. panaskan minyak yang banyak kerana nanti agar udang boleh tenggelam ketika digoreng. pegang bahagian ekor udang dan celupkan udang kedalam bancuhan tepung.

4. pada bahagian ekor tak bersalut tepung pun tak ape. kemudian masukan kedalam minyak yang sudah panas tadi dan goreng hingga warnanya cantik atau keperangan.

5. akhir sekali, angkat dan toskan, agar lebih sedap hidangkan bersama sos pencicah atau cos cili thai, mayonis.

Note:

1. agar ketika menggoreng tidak meletup pastikan semua bahagian udang yang bersalut tepung benar-benar kering.

2. bancuhan tepung jangan terlalu cair agar boleh melekat pada udang.

3. bila ingin menggoreng udang menjadi luruh hiris menyerong bahagian bawah udang dan buat 3 - 5 hirisan bergantung kepada saiz udang.

resepi udang goreng tepung rangup ini akan lebih sedap bila dihidangkan panas-panas dan sampai jumpa diresepi selenjutnya.

Sunday, 10 April 2016

Resepi Coklat Rice Bubble In Jar Paling Mudah

Bila anda suka coklat maka wajib membaca resipi coklat rice bubble in jar yang akan saya kongsikan ini. seperti yang kita tahu bersama coklat sangat digemari oleh banyak orang kerana rasanya yang manis dan sangat gebu di lidah. seperti Chocolate Rice Bubble yang akan saya kongsikan ini memiliki rasa yang crishpy dan rasa coklat yang asli.

makanan ini bermacam yang memberi nama dan yang paling penting selain rasanya yang crispy juga tidak mudah lemau.

Resepi Coklat Rice Bubble In Jar

Resepi Coklat Rice Bubble In Jar

biasanya coklat rice bubble ini sangat disukai oleh anak-anak. memang tidak hairanlah jika anak-anak suka dengan coklat. tetapi, bila anak anda sering memakan coklat sebaiknya di kurangkan kerana boleh membuat masalah gigi.

coklat rice bubble ini juga kurang tepat untuk anda yang sedang dalam program diet kerana mengandung banyak gula dan lemak. okay, jom kita layan resepi dibawah.

Bahan-Bahan

  • 2 cup bubble rice
  • 1 cup butter atau minyak masak
  • 200 gm coklat compaund
  • air panas untuk mencairkan coklat
  • jar atau balang kaca

Cara Membuat Coklat Rice Bubble in Jar

1. potong coklat menjadi beberapa bahagian potongan kecil kemudian masukan coklat yang sudah dipotong tadi kedalam satu bekas.

2. cairkan coklat tadi dengan dicampur air panas menggunakan kaedah Double Boiler. kemudian masukan Butter dan kacau. kemudian sejukan coklat kurang lebih selama 20 minit.

3. akhir sekali, masukan Bubble Rice kedalam jar atau balang kaca dan sudukan coklat yang sudah sejuk tadi kedalam jar. tutup jar dan kemas.

Nota :
bila tak menggunakan butter pun tak ape dan coklat compaund digunakan sebab sifatnya yang mudah untuk dicairkan.

okay, sangat mudah kan resepi coklat rice bubble in jar yang saya share ini dan sampai jumpa diresepi berikutnya ya.

Wednesday, 6 April 2016

Resepi Aiskrim Sumi [Jelly Paling Viral]

Semalam saya berbual dengan rakan dan dia berkata apakah engkau tahu makanan yang tengah popular pada masa ini? saya jawab saja bahawa saya tidak tahu dan rakan saya menjelaskan tentang aiskrim sumi yang kata dia tengah viral di masyarkat malaysia.

Akhirnya, saya meminta resepi aiskrim sumi jelly yang tengah viral ini dan terus saja saya cuba membuatnya sendiri dan alhamdulillah ternyata saya pandai juga membuatnya. sekarang ni memang ramai orang membuat aiskrim sumi. bahkan, kalau saya buka facebook pasti gambar aiskrim sumi muncul didepan mata.
Resepi Aiskrim Sumi

Resepi Aiskrim Sumi

saya juga cuba bertanya kepada google dan ramai juga yang sudah share resepi aiskrim sumi ni. aiskrim ini sangat sesuai bila dimakan ketika musim panas dan bila anda ingin membelinya seharga RM 0,30 untuk satu batang.

aiskrim ini juga nampak colorfull sebab ada sumi/ jelly di dalamnya yang pasti nampak sedap bila dimakan. jom kita langsung sahaja layan resepi dibawah.

Bahan-Bahan

  • 1 tin susu pekat manis
  • 1,5 liter air putih yang sudah dimasak
  • 1 tin susu cair
  • sumi jelly secukupnya - saya gunakan 3 paket
  • garam secukupnya
Cara Membuat Aiskrim Sumi/ Jelly
Cara Membuat Aiskrim Sumi/ Jelly

1. campurkan susu pekat, susu cair, garam, dan air ke dalam periuk dan masak hingga mendidih

2. siapkan bekas yang berbeza dan masukan sumi/jelly ke dalam bekas tadi dan asingkan 

3. hancurkan sumi atau belah menjadi beberapa bahagian mengikut selera atau anda boleh juga menambahkan nata de coco pun boleh

4. sudukan sumi ke dalam plastik aiskrim secukupnya. kemudian masukan campuran susu yang sudah di masak tadi, ikat kemudian goncangkan dan letakan di atas pinggan.

5. akhir sekali, bekukan sumi ke dalam freezer sampai benar-benar beku dan sedia untuk dimakan.

Nota:
resepi aiskrim sumi/ jelly ini sangat mudah dan anak-anak juga suka. tapi, bagi anda yang tenagh berdiet tak sesuai sebab sangat tinggi gula dan kalori.

Tuesday, 5 April 2016

Resepi Biskut Lidah Kucing [Rainbow Cookies]

Hari ini saya ingin kongsikan cookies yang sangat popular di Masyarakat Singapura dan Indonesia iaitu Resepi Biskut Lidah Kucing Pelangi A.K.A Raibow Cookies. sekarang biskut sedap ini sudah mula popular di malaysia. selain rasanya yang sedap dan rangup biskut ini juga sangat mudah dibuat.

bila anda ingin cari biskut raya yang mudah maka biskut ini sangat sesuai kerana bahan-bahan yang digunakan pun konpem korang kenal. sebenarnya, nama biskut ini bermacam-macam tapi saya lebih suka biskut lidah kucing sahaja.
Resepi Biskut Lidah Kucing

Resepi Biskut Lidah Kucing

warna biskut ini sangat cantik warna-warni macam pelangi dan saya suka membuat biskut ini bersama anak-anak. jom langsung sahaja kita layan resepi biskut sedap dibawah.

Bahan-Bahan

  • 250 gm mentega/ butter
  • 200 gm tepung gandum
  • 175 gm gula kastor
  • 100 ml putih telur 
  • 50 gm tepung jagung
  • 1/4 sudu teh emplex
  • 6 warna berbeza (merah, kuning, hijau, biru, orange, purple)
  • dulang khas lidah kucing - boleh beli di kedai-kedai bakeri, banyak saiz dan harga lebih kurang RM22
Cara Buat Biskut Lidah Kucing
Resepi Biskut Lidah Kucing

1. siapkan loyang pembakar tapi sebelumnya sudah digris dengan sedikit butter. kemudian ayak tepung gandum, tepung jagung, emplex dan ketepikan.

2. pukul gula dan butter di dalam mixer hingga berkrim. kemudian masukan putih telur sedikit demi sedikit dan putar sehingga sebati. masukan juga tepung dan dengan menggunakan spatula kaup balik hingga rata.

3. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakan setiap pewarna kepada setiap bahagian. gunakan warna setitik sahaja kerana warna akan memekat pada biskut yang telah masak.

4. sediakan bag plastik dan masukan adunan berwarna tadi dalam bag plastik untuk setiap warna berlainan. potong hujung bag plastik tadi dan paipkan ke atas loyang tapi ingat jangan paipkan terlampau penuh kerana nanti adunan akan mengembang.

5. akhir sekali, bakar dalam oven pada suhu 150'C selama lebih kurang 20 minit atau hingga masak. sebelum simpan biarkan sejuk terlebih dahulu dan simpan di dalam bekas kedap udara.

itulah resepi biskut lidah kucing yang saya kongsikan hari ini dan warna biskut yang macam pelangi akan membuat anak-anak semakin suka untuk memakanya.

Monday, 4 April 2016

Resepi Biskut Oat Crunchy Mudah

Jumpa lagi di blogopsi.com blog yang sederhana ini. hari ini saya ingin kongsikan resepi biskut oat Crunchy yang sangat sedap. biskut ini sangat sesuai bila disediakan ketika hari raya. saya mendapat resipi ini dari rakan blogger tapi saya lupa blog dia, jadi saya minta maaf ya.

Artikel Berkaitan:



anak-anak sangat suka dengan kuih ini dan setiap hari raya tiba pasti meminta saya untuk menyediakan. resepi ini yang akan saya share ini sangat mudah dan sangat sesuai untuk kudapan di rumah.
Resepi Biskut Oat Crunchy

Resepi Biskut Oat Crunchy

jom langsung saja kita layan resepi dibawah.

Bahan A

  • 200 gm gula perang
  • 250 gm butter
  • 2 biji telur
  • 220 gm gula pasir
  • 1 tsp vanilla
Bahan B
  • 250 gm tepung red rose
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil garam halus
Bahan C
  • 100 gm chocolate masakan - dicincang kasar
  • 200 gm oatmeal
  • 50 gm walnuts - dibakar
  • 200 gm chocolate chips
  • 100 gm almond nibs - dibakar
Cara Buat Biskut Oat

1. pada bahan A, pukul gula pasir, gula perang dan butter hingga kembang. kemudian masukan vanilla bersama telur satu persatu. selepas tu putar hingga rata.

2. pada bahan B, sediakan bekas atau mangkuk kemudian satukan dengan bahan C dan gaul hingga rata. jika sudah rata campurkan dengan bahan A dan gaul hingga menjadi doh.

3. siapkan loyang pembakar yang sudah digris kemudian sudukan doh tadi ke dalam loyang dan bakar pada oven bersuhu 160'C selama lebih kurang 20 minit.

4. akhir sekali, bila warna dah nampak cantik boleh diangkat dan sejukan terlebih dahulu sebelum disimpan di bekas kedap udara.

Nota:
resepi biskut oat crunchy yang saya share ini mungkin agak manis anda boleh kurangkan gula mengikut citarasa dan sampai jumpa di resepi sedap seterusnya.

Sunday, 3 April 2016

Resepi Chocolate Brownies Kedut Mudah

Resepi Coklat Brownies Kedut ini sangat popular di masyarkat malaysia kerana rasanya yang sangat sedap dengan 3 jenis coklat di dalamnya. resepi ini mudah dibuat kerana brownies ini jenis yang tebal dan dense serta berat.

banyak masyarakat malasyia yang teruja dengan brownies yang berkedut seribu ini. sebenarnya kek ini sudah cukup lama popular dan dikenali dengan nama Chewy Gooey Yummy Brownies. mungkin nama brownies kedut lebih akrab ditelinga kita.
Resepi Chocolate Brownies Kedut

Resepi Chocolate Brownies Kedut

bila anda ingin mendapatkan rasa yang lebih sedap mesti menggunakan bahan-bahan brownies yang agak mahal sedikit dan pilihlah chocolate masakan yang berkualiti. selain tu anda boleh pakai pure butter dan chocolate Chips atau Kacang bila suka.

kenapa saya katakan membuat brownies ini cukup mudah. sebab, tidak perlu menggunakan mixer hanya gaul menggunakan senduk kayu atau wisk sahaja. ketika gaul tak perlu kuat-kuat cukup agar adunan menjadi sebati atau memadai sahaja.

Artikel Berkaitan:


pada resepi Chocolate Brownies kedut yang saya kongsikan ini saya kurangkan kandungan gula dan butter sebab sudah menggunakan banyak coklat bar yang mengandung banyak gula dan lemak. jom kita layan resepi sedap dibawah.

Bahan-Bahan

  • 125 gm tepung gandum
  • 100 gm butter - saya gunakan jenama anchor
  • 300 gm dark chocolate - saya pakai jenama beryls
  • 3 biji telur size A
  • 100 gm gula perang - bila ingin gunakan gula castor kurangkan menjadi 80 gm sahaja.
  • 1 tsp esen vanilla
  • 1/4 cawan white chocolate chips
  • 1/4 cawan chocolate chips
  • 1/2 tsp garam
Cara Buat Chocolate Brownies Kedut
Resepi Chocolate Brownies Kedut

1. panaskan oven bersuhu 160' C kemudian potong butter dan coklat bar menjadi bahagian kecil-kecil dan cairkan bahan tadi dengan kaedah Double-Boiler sampai benr-benar cair, bila dah cair angkat dari api.

2. masukan gula kedalam bahan tadi dan kacau sebati kemudian masukan esen vanilla, masukan telur sebiji demi sebiji. setiap sebiji masuk kacau sekejap menggunakan senduk. 

3. masukan garam bersama tepung kemudian kacau. kemudian masukan chocolate chips dan simpan sedikit untuk tabur diatas nanti.

4. tuang dalam acuan yang digris kemudian diletakan kertas alas. kertas alas bagi lebih sedikit ke atas supaya senang bila tarik brpwnies dari acuan. kemudian taburkan sisa chocolate chips diatas adunan tadi. anda boleh menambahkan almond atau walnut jika suka.

5. akhir sekali, bakar adunan dalam oven bersuhu 160'C selama lebih kurang 40 minit atau sehingga masak. tetapi, jangan terlebih masak kerana nanti agak kering dan tidak sedap. 

6. brownies siap dihidangkan tetapi bila ingin lebih sedap simpan di dalam freezer dan makan keesokan harinya.

sebenarnya, resepi chocolate brownies kedut ini berasal dari teman saya, tapi sudah saya ubahsuai sikit agar sesuai dengan selera saya.

Friday, 1 April 2016

Resepi Biskut CORNFLAKES Madu Mudah dan Sedap

Salam, hari ini saya ingin kongsikan kuih raya yang paling mudah dan menjadi kegemaran anak-anak yaitu resepi biskut cornflakes madu mudah dan sedap. mengapa dinamakan Biskut Cornflakes sebab ianya menggunakan madu dan cornflakes sebagai bahan asas.

anak-anak memang suka kuih ini berbeza dengan saya yang tidak berapa gemar biskut jenis ini. tidak lama lagi hari raya tiba dan anak-anak pasti meminta saya untuk menyediakan biskuit ini dan jika Anda memiliki anak tidak ada salahnya untuk menyediakan biskuit ini ketika hari raya nanti.
Resepi Biskut CORNFLAKES Madu

Resepi Biskut Cornflakes Madu

resepi ini sangat mudah dan sangat sesuai sebagai makanan kudapan dirumah dan jom kita layan resepi yang menjadi favorit anak-anak ini.

Artikel Berkaitan:


Bahan A

  • 1 cawan madu
  • 125 gm butter
  • 1/2 cawan brown sugar
Bahan B
  • 1 cawan kismis
  • 1 kotak cornflakes Nestle 500 gm
  • 1 cawan badam cincang panggang/ gajus
Bahan Hiasan
  • ceri merah dan ceri hijau di potong kecil
  • mangkuk kertas kecil
Cara Buat Biskut Cornflakes Madu
Resepi Biskut CORNFLAKES Madu

1. siapkan kuali dan panaskan semua bahan A hingga butter cair. bila butter sudah benar-benar cair masukan semua Bahan B dan gaul hingga rata.

2. siapkan mangkuk kertas kecil dan sudukan adunan ke dalam mangkuk kertas kecil tadi. kemudian hiaskan dengan irisan ceri hijau dan ceri merah.

3. selepas tu bakar dalam oven bersuhu 170'C selama lebih kurang 10 minit atau sampai masak.

4. akhir sekali, sejukan terlebih dahulu dan disimpan dalam bekas kedap udara.

bagaimana Resepi biskut cornflakes madu ini sangat mudah kan? sampai jumpa di resepi selanjutnya ya dan jangan lupa untuk terus berkunjung ke blogopsi.com kerana saya akan menulis resepi sedap lebih banyak lagi.