Monday, 29 February 2016

Resepi Kek Marble Pelangi Sedap dan Mudah

bonda pernah makan kek marble pelangi? permulaan minggu ini saya nak share resepi kek marble pelangi yang sangat mudah. kek ini merupakan resepi rakan saya yang telah telah diubahsesuai daripada asal rakan saya pelajari.

ramai orang mengatakan kek ini sangat lembut dan gebu dan sangat sesuai untuk bekalan ke tempat pelancongan. saya memang suka kek marble yang sangat simple macam ini, kalau kek coklat agak kuranglah sikit.

Artikel Berkaitan:



resepi ini agak remeh juga kerana mesti menggunakan banyak bekas untuk memukul putih telur secara berasingan. sebelum nak cerita panjang, saya bab masak ni tak adalah hebat macam oarang lain.
Resepi Kek Marble Pelangi

Resepi Kek Coklat Marble Pelangi Mudah


resepi ini saya kongsikan berdasarkan pengalaman sahaja dan jom kita layan resepi dibawah:

Bahan-Bahan

  • 2 sudu makan susu cair 
  • 6 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum + 2 sudu teh baking soda (campur sebati dan ayak)
  • 2 cawan gula halus
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 1/2 cawan margerin
  • pewarna ikut selera
Cara Buat Kek Marble Pelangi

#1: siapkan bekas kemudian masukan gula dan margerin, gunakan pemutar elektrik dan putar sehingga kembang atau boleh juga gunakan tangan. it's OK

#2: masukan telur ke bekas lain dan basuh telur tersebut. selepas tu masukan telur sebiji-sebiji kemudian puatar sehingga sebati.

#3: sementara itu lengserkan acuan 9 inchi dengan sedikit tepung dan margerin dan pastikan rata ke seluruh bahagian acuan. boleh gunakan acuan bulat atau empat segi. tetapi, belang akan nampak lebih cantik bila gunakan acuan bulat. saya gunakan empat segi.

#4: kemudian masukan campuran tepung sedikit demi sedikit sampai habis dan gaul sebati. kemudian masukan juga esen vanila dan susu cair, gaul sebati.

#5: dan bila adunan dah siap adunan tadi di bahagikan kepada 3 bahagian. 2 bahagian ditambah pewarna dan 1 bahagian tak ditambah pewarna pun tak ape.
Resepi Kek Marble Pelangi

#6: setelah semua bahagian diwarnakan kemudian belang-belangkan adunan mengikut warna. ambil sebanyak 3 sudu makan adunan untuk setiap lapisan dan ulangi langkah tersebut sampai adunan habis.

#7: bila mewarnai dah selesai, barulah dibakar sampai masak. saya gunakan oven elektrik bersuhu 165 darjah celsius selama lebih kurang 50 minit.
Resepi Kek Marble Pelangi

bila bonda gunakan mesin, jangan berhentikan semasa sedang mengadun dan jika menggunakan tangan harus pukul lama sedikit sebab adunan mesti rata dan kembang. demikianlah resepi kek marble pelangi muudah yang saya kongsikan dan sampai jumpa di artikel seterusnya.

resource : http://hasnidarmarlicopies.blogspot.co.id/2011/12/mari-belajar-buat-kek-belang-pelangi.html

Saturday, 27 February 2016

Resepi Cupcake Coklat Bakar Paling Sedap

Banyak hidangan coklat yang sangat menarik dan mudah disediakan dan salah satunya adalah resipi kek cupcake coklat bakar yang sedap ini. saya sangat suka hidangan ini sebab rasanya moist sangat.

resepi ini cukup mudah, pakai kacau-kacau jer. satu adunan menghasilkan lebih kurang 30 muffin. dan bila bonda ingin tahan lama boleh disimpan dalam freezer. ianya boleh tahan lebih kurang 3 bulan.
Resepi Cupcake Coklat Bakar

Resepi Cupcake Coklat Bakar


teruskan membaca bila ingin mengetahui lebih lanjut mengenai cupcake coklat, resepi ini boleh jadi penyelamat bila ada tetamu jauh nak datang kerumah atau dibawa sebagai dibawa sebagai bekalan jalan-jalan ke tempat pelancongan pun oke.

Jom kita layan resepi dibawah!

Bahan-Bahan

  • 6 sudu makan minyak zaitun
  • 2 sudu teh ekstrak vanilla
  • 1 1/2 cawan tepung serba guna
  • 1/4 cawan serbuk koko tanpa gula
  • 1 sudu makan cuka putih
  • 1 cawan kopi yang dibancuh atau 1 1/2 serbuk teh ekspreso dicampur dengan 1 cawan air suam
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu kecil baking soda
Aising Cupcake
  • 3 sudu besar susu
  • 4 sudu besar mentega
  • 1 1/2 cawan gula serbuk
  • 1 sudu besar ekstrak vanila
  • 1/3 cawan serbuk koko tanpa gula
Cara Penyediaan Cupcake Coklat
Resepi Cupcake Coklat Bakar

#1: panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celcius kemudian sediakan muffin pan dengan pelapis cupcake.

#2: campurkan gula, baking powder, serbuk koko, tepung, dan garam sehingga sebati. kemudian sediakan bekas berlainan dan masukan ekstrak vanila, minyak zaitun, cuka, air serbuk kopi.

#3: tuangkan bahan-bahan basah ke bahan-bahan kering kemudian kacau sehingga sebati dan juga berketul-ketul.

#4: selepas tu pindahkan adunan ke bekas cupcake, kira-kira 2/3 daripada ketinggian wadah cupcake dan masukan ke dalam ketuhar, bakar selama lebih kurang 20 minit. 

#5: periksa memakai garpu dan bila cucukan bersih tiada baki yang tertinggak tandanya dah masak. keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk selama 4 minit.


Aising Cupcake Coklat

#1: ketika cupcake sedang dibakar, bonda boleh sediakan aising. cairkan mentega gunakan periuk kecil dan keluarkan bila mentega dah cair. kemudian campurkan koko dan pukul sehingga sebati.

#2: masukan 1/3 gula dan setengah susu kemudian kacau dan pukul berterusan. selang-seli campurkan adunan dengan vanila, gula dan susu.

#3: pukul sehingga adunan licin dan sebati. jika adunan terlalu likat tambahkan susu dan vanila. bila adunan terlalu licin tambahkan gula.

#4: pindahkan aising pada cupcake coklat dan sejukan. kemudian hias cupcake coklat sesuka hati bonda.


tujuan dari menambah garam dan kopi adalah untuk memperhebatkan rasa coklat. demikian resepi cupcake coklat bakar dan sampai jumpa di artikel seterusnya.

Saturday, 20 February 2016

Resepi Udang Goreng Butter yang Paling Sedap

Resepi Udang Goreng Butter - bila saya makan di restoran seafood saya pasti akan memesan makanan ini. sebab, saya sangat menggemari udang goreng butter.

saya pernah beberapa kali mencuba menyediakan udang goreng butter. itupun setelah beberapa kali mencuba, akhirnya saya berjaya menyediakan makanan ini sendiri.

beberapa waktu lalu saya juga sudah menyediakan resepi cucur udang rangup yang sangat sedap dan mudah. hari ini saya akan menyediakan Buttered Prawn sebab anak-anak dan husben beria-beria suruh masak makanan ini.
Resepi Udang Goreng Butter


Resepi Udang Goreng Butter

Jom Kita Layan Resepi dibawah:

Bahan-Bahan:

  • 10 - 20 ekor udang
  • 5 tangkai daun kari
  • 6  - 8 tangkai cili padi - dihiris
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • sedikit lada sulah
  • sedikit butter/margerin untuk menumis
  • sedikit serbuk lada hitam/ putih - bila suka
  • garam secukup rasa
  • 1/4 cawan susu cair/ susu segar
  • minyak untuk menggoreng
Cara Penyediaan:

#1: siapkan minyak panas dalam kuali kemudian goreng udang yang sudah digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga warnanya cantik dan masak. angkat dan toskan minyaknya dan keluarkan minyak dari dalam kuali kerana tak nak guna lagi

#2: panaskan margerin atau butter di dalam kuali kemudian tumis cili padi, daun kari, dan bawang putih sehingga naik bau.

#3: selepas tu masukan susu cair dan masak sekejap. kemudian masukan udang, serbuk lada, dan sedikit garam. ingat! jangan bubuh banyak garam sebab margarin sudah ada garam.

#4: panaskan sehingga masak dan angkat

langkah seterusnya kita siapkan pula sarang telur sebagai bahan untuk taburan di atas udang tadi.

Bahan Sarang Telur
  • 2 biji kuning telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 senduk butter/ margerin
Cara Penyediaan

#1: panaskan butter ke dalam kuali bersama minyak masak dan bila minyak dalam kuali dah panas pusing-pusingkan minyak dengan senduk. sehingga membentuk bulatan sehala tanpa henti.

#2: kemudian masukan kuning telur sahaja ke dalam butter tadi dan teruskan pusing tu minyak laju-laju sehingga masak dan berwarna keemasan.

#3: setelah dah masak tuangkan ke dalam tapis untuk toskan minyak.
Resepi Udang Goreng Butter

Akhir sekali, bila udang goreng tadi dah masak bolehlah dimasukan ke dalam pinggan dan taburkan sarang telur di atas udang. resepi udang goreng butter ini memang mudah dan sampai jumpa di artikel seterusnya ya.

Wednesday, 17 February 2016

Resepi Kek Coklat Moist Kukus dengan Sukatan Cawan

resepi kek coklat moist kukus adalah resepi turun-temurun dan yang paling banyak digemari khalayak ramai. saya memang sangat suka kek coklat moist atau apa aja kek yang simple macam ini.

kenangan pertama kali mencuba membuat kek kukus memang menakjubkan. saya mula memberanikan diri membuat kek yang sedap ini kerana desakan dari anak-anak. akhirnya, saya pun mulai mencari resepi-resepi berkaitan kek ini di internet.

saya catat juga resepi yang saya baca dalam buku khas dan selepas tu saya mulai memberanikan diri mencuba membuat dengan kemapuan saya.
Resepi Kek Coklat Moist Kukus

Resepi Kek Coklat Moist Kukus 


rasa moist nya kek ini memang tiada duanya, jom kita layan resepi dibawah

Bahan-Bahan Kek Coklat Moist Kukus Dengan Sukatan Cawan

  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
  • 1 cawan susu cair
  • 1 sudu baking powder
  • 1 sudu esen vanilla
  • 1 sudu soda bikarbonat
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan minyak masak atau marjerin di cairkan

Cara Membuat Kek Coklat Moist Kukus

#1: siapkan kuali kemudian campurkan susu cair, gula, susu pekat manis, marjerin. selepas tu masak di dapur dengan api perlahan sehingga larut dan sekata.

#2: sediakan bekas lain dan masukan serbuk koko, baking powder, tepung gandum, soda bikarbonat.

#3: pukul telur hingga kembang kemudian masukan campuaran bahan pertama tadi ke daam adunan telur.

#4: kemudian masukan sedikit demi sedikit campuran serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder, dan tepung gandum. kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.

#5: selepas tu panaskan pengukus dan tunggu sehingga air mendidih. kemudian masukan adunan kek ke dalam loyang. jangan lupa sapukan marjerin pada loyang sebelum dimasukan adunan kek.

#6: tutup loyang dengan alumunium foil tujuanya supaya air wap tak terkena pada kek. dan kukus adunan kek selama lebih kurang 1 jam.

Cara Menyediakan Toping untuk Kek Coklat
Resepi Kek Coklat Moist Kukus

Bahan-Bahan
  • 2 sudu mentega
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu makan serbuk kok
Masukan semua bahan diatas kedalam kuali kemudian kacau perlahan sehingga larut dan bila campuran tersebut dah mulai mendidih boleh diangkat. biarkan sehingga sejuk sebeleum ditungkan ke atas kek coklat moist kukus tadi.

sangat senang bila melihat keluarga saya sangat suka dengan resepi kek coklat moist kukus buatan saya dan sampai jumpa di artikel seterusnya ya.

Sunday, 14 February 2016

Resepi Roti Jala yang Lembut Paling Mudah dan Ringkas

Roti Jala memang sedap dan biasanya di hidangkan bersama ayam masak merah. resepi roti jala memang sedap dan menjadi makanan kegemaran masyarakat kita. makanan ini sering menjadi hidangan di hari raya atau kenduri.

kesedapan roti jala bergantung pada kelembutan dan kesedapan kuah yang mengiringinya. namun, tak ramai yang menyediakanya kerana katanya katanya agak rumit.
Resepi Roti Jala yang Lembut

Resepi Roti Jala yang Kekal Lembut

sejaka menggunakan resepi ini saya tak beralih kepada resepi lain. selain lembut dan mudah dihidangkan dengan bahan ramuan yang ringkas. banyak rakan-rakan saya yang suka dan anak-anak suka request buat roti ini.

jom kita tengok resepi dibawah jika ada yang mahu mencuba resepi roti jala yang sangat lembut ini.

Bahan-Bahan

  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 cawan air/ susu/ santan (saya gunakan air dicampur santan)
  • 2 1/2 sudu besar minyak masak
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil garam
  • sedikit pewarna kuning
Cara Penyediaan
Resepi Roti Jala yang Lembut

#1: satukan semua bahan diatas dan kacau rata kemudian masukan ke dalam mesin blender dan kisar halus sehingga sebati.

#2: masukan sedikit minyak dalam kuali kemudian kiari adunan roti jala tadi dengan menggunakan acuan ke dalam kuali yang dah panas. selepas tu bentuk seperti jala.

#3: kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum cuba masukan sesenduk ke dalam acuan. kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh dijala menggunakan kuali non stick.

#4: bila jala masih pekat tambahkan air lagi sehingga boleh dijala. kemudian lepas jala di atas kuali dan biarkan sekejap dan bila dah masak tak susah dibalik terus diangkat dan di gulung.

#5: ulangi semua langkah-langkah di atas sehingga adunan habis dan bila dah siap boleh hidangkan.

demikian resipi roti jala yang saya bahagikan untuk bonda dan ingat kalau adunan masih pekat boleh tambah air sehingga boleh dijala.

Saturday, 13 February 2016

Resepi Bubur Ayam ala McD

Resepi bubur Ayam McD adalah menu saya pagi ini. makanan ini menjadi kegemaran saya dan keluarga bila masa pagi hari. yang paling saya suka dari bubur ayam McD adalah penyedianya yang cepat dan mudah jadi tidak memerlukan masa lama di dapur.

sebelum ini saya suka order atau berkunjung ke cawangan McD yang berdekatan dan makanan ini dapat banyak feedback positif dari penggemar bubur ayam.
Resepi Bubur Ayam ala McD

Resepi Bubur Ayam McD


jom kita layan resepi dibawah

Bahan-Bahan

  • 1 1/2 cawan beras
  • 1 biji lada merah
  • 1 inci halia - hiris halus
  • ikan bilis goreng
  • bawang goreng
  • sedikit isi ayam - potong-potong kecil
  • serbuk secukup rasa pati ayam
  • sedikit minyak bijan - tak de pun tak pe
  • air secukupnya
  • sedikit daun bawang dan sup - hiris 
Cara Penyediaan

#1: masukan air untuk rebus ayam dan pastikan air rebusanya banyak kerana untuk masak nasi juga. kemudian asingkan ayam dan air rebusan ayam.

#2: basuh beras sehingga bersih selepas tu masak nasi dengan air rebusan ayam tadi. asingkan sedikit air rebusan ayam yang ditambah garam dan secukup rasa takut nasi kembang dan kering.

#3: semasa memasak nasi, kacau dan masukan air rebusan sedikit demi sedikit sehingga nasi kembang dan lembik.

#4: dan bila bubur ayam dah masak masukan halia, serbuk perasa, dan garam. masukan juga hirisan daging ayam ke dalam bubur.

#5: akhir sekali, taburkan hirisan bawang goreng, lada merah, ikan bilis, dan daun bawang atau sup. kemudian masukan juga beberapa titik minyak bijan.

bagaimana mudah kan resepi bubur ayam McD ini dan sampai jumpa di artikel seterusnya ya.

Friday, 12 February 2016

Resepi Ayam Goreng KFC Rangup dan Mudah

resepi ayam goreng ala KFC memang menjadi favourite saya sekeluarga sebab penyedianya sangatlah mudah dan cepat. masakan ini berasal dari restoren makanan segera yang dipanggil KFC (Kentucky Fried Chicken).

ayam goreng KFC juga boleh bonda buat sendiri di rumah dan bila bonda tahu cara membuatnya dengan betul pasti rasanya tidak kalah sedap dengan KFC yang dijual di restoren.
Resepi Ayam Goreng KFC

Resepi Ayam KFC Rangup


ramai orang suka dengan daging ayam yang digoreng dengan disadur adunan tepung dan sejak saya expert buat ayam ala KFC ini, kami sekeluarga tak pergi ke KFC dah. pasti bonda ingin tahu kan? jom kita lawan resepi dibawah.

Bahan Perap Ayam

  • 1 ekor ayam - dipotong mengikut selera
  • 8 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 2 sudu teh garam
  • 2 sudu serbuk kari ayam
  • 3 - 5 sudu besar serbuk cili
  • secubit perasa yang dibenarkan
  • secubit bikarbonat of soda
  • sedikit air
Bahan Salut Tepung Ayam
  • 3 cawan tepung jagung
  • 1 sudu serbuk cili
  • 1 biji telur - pukul telur secara berasingan
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • secubit bikarbonat of soda
  • garam secukup rasa
Cara Penyediaan
Resepi Ayam Goreng KFC

#1: perap ayam dengan bahan perap tadi selama  lebih kurang 1 jam. kemudian semua bahan salut tepung ayam di gaul rata hingga ramuan tepung sebati. selepas tu pukul telur dan golekan ayam dengan telur.

#2: selepas ayam di golekan dengan telur letak ayam ke dalam bahan salut tepung ayam tadi dan diletakan ke dalam bekas yang ada penutup serta digoncangkan hingga sebati.

#3: kemudian panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam yang dah di salut tadi hingga tenggelam dan bila warna ayam sudah keemasan. angkat dan hidangkan.

resepi ayam goreng KFC juga boleh dibuat mengikut bahan campuran selera sendiri dan sampai jumpa di artikel seterusnya.

Tuesday, 9 February 2016

Resepi Ayam Percik Kelantan Original Paling Mudah

Ayam Percik Kelantan memang punya reputasinya yang tersendiri kerana berbeza daripada negeri lain. rasa makanan ini pula sangat lazat dan menyelerakan. biasanya resepi ayam percik kelantan disediakan kepada mereka-mereka yang mempunyai kedudukan tertinggi dalam masyarakat.

ayam percik kelantan terdapat 2 jenis ada yang berwarna merah dan ada yang berwarna putih dan jika sukakan rasa pedas sediakan lah ayam percik berwarna merah.

cara penyediaan makanan ini yang sebenarnya ialah diperap selama beberapa minit kemudian dibakar. tetapi sekarang ayam percik sudah mempunyai banyak versi.
Resepi Ayam Percik Kelantan

Resepi Ayam Percik Kelantan


kebiasanya para bonda menyediakan ayam percik putih kepada kanak-kanak kerana rasanya yang tidak pedas. selain dengan nasi putih dan nasi kerabu makanan ini sedap juga bila dimakan bersama-sama pulut kuning.

artikel berkaitan lainya:



jom kita tengok resepi dibawah

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ayam - dipotong 4 bahagian
Bahan Perap
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • garam secukup rasa
Bahan Kuah
  • 10 ulas bawang merah
  • 3 - 6 tangkai cili kering
  • 2 pek santan pekat
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • garam secukupnya
  • gula secukupnya
  • 1/4 keping asam keping - letak sekejap sahaja dan dikeluarkan takut terlebih masam
Cara Penyediaan
Resepi Ayam Percik Kelantan

#1: kisar bahan perap tadi sehingga kemudian perap ayam pada bahan tersebut selama 30 minit. selepas tu bakar ayam sehingga setengah masak dan bila ingin cepat masak boleh kukus dahulu sebelum dibakar.

#2: sementara ayam dibakar siapkan kuah dengan cara kisar semua bahan kuah tadi kemudian masak di dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. dan bila kuah sudah pekat masukan garam dan gula secukup rasa. silahkan diangkat.

#3: kemudian bila ayam sudah nampak garing lumur dengan bahan kuah tadi dan bakar seketika. agar bumbu kuah meresap ke dalam daging ayam terbalikan ayam dan dilumur bahan kuah lagi secara berulang-ulang di kedua-dua belah ayam.

#4: Akhir sekali, bila ayam sudah nampak berwarna cantik bolehlah diangkat dan ayam percik kelantan ala bonda siap dihidangkan.

resepi ayam masak percik kelantan bila mengikut adat mahupun budayanya adalah hidangan yang paling tinggi derajatnya dalam semua hidangan makanan dikelantan.

Thursday, 4 February 2016

Resepi Ayam Masak Merah Tomato Sedap

Hari ini saya nak cuba resepi ayam masak merah tomato yang sangat istimewa kerana saya dapat dari bonda mertua. resepi kali ini sedikit kelainan sebab menggunakan buah tomato menggantikan sos tomato atau tomato puree.

kelainan terletak pada rasa masam tomato dan masakan ini sangat sedap dimakan bersama acar mentah dan nasi tomato serta pasti menjadi kegemaran ramai bila dihidangkan di hari istimewa.
Resepi Ayam Masak Merah Tomato


Resepi Ayam Masak Merah Tomato


resepi sedap ini masa penyedianya cukup cepat hanya 40 minit sahaja. jom kita tengok resepi dibawah:

Bahan-Bahan

  • 3/4 ekor ayam (saiz kecil) - dipotong saiz sesuai
  • 3 biji tomato ranum - dikisar dengan 1/2 cawan air
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besaqr sos tiram
  • 4 senduk penuh cili kering + bawang putih + bawang besar - blender
  • 4 sudu kecil gula pasir
  • 1 biji bawang besar - hiris kasar
  • 1/2 cawan air
  • garam secukup rasa
  • serbuk perasa secukup rasa
Cara Penyediaan


#1: bersihkan ayam kemudian gaul dengan kunyit dan garam selepas tu digoreng sehingga 3/4 masak

#2: kurangkan minyak dalam kuali cukup-cukup untuk menumis bahan kisar dan tumis bahan kisar dan tomato sehingga naik bau dan wangi

#3: kemudian tambahkan sos cili, sos tiram, garam, gula, dan serbuk perasa. selepas tu tambahkan dengan 1/2 cawan air dan biarkan sehingga sos mendidih

#4: masukan ayam yang sudah digoreng tadi dan bawang hiris. kemudian kacau sehingga kuah berkurang atau biarkan berkuah sedikit bila suka berkuah.

#5: akhir sekali, bila dah masak angkat dan hidangkan bersama nasi putih panas.

itulah resepi ayam masak merah tomato yang bisa bonda cuba dirumah dan sampai jumpa di artikel seterusnya ya.