Wednesday, 30 December 2015

Resepi Ayam Masak Madu Sedap dan Simple

Resepi ayam masak madu yang saya kongsikan ini sangat simple dan saya rasa anda boleh terus mencubanya di rumah. sebenarnya hari ini saya malas sekali untuk memasak tapi kerana sebagai isteri yang baik saya tetap perlu memasak.

korang rajin memasak tak?

saya harap anda minat memasak sangat kerana sebagai wanita korang mesti pandai masak. saya sendiri mula-mula tak minat masak tapi lama-lama akan jadi biasa dan senang je memasak nie.

ayam masak madu nie paling sedap bila taburkan bawang goreng atau daun sup diatasnya dan resepi ini juga sesuai untuk anda yang baru-baru nak belajar memasak.
Resepi Ayam Masak Madu

Resepi Ayam Masak Madu


jom kita layan resepi dibawah:

Bahan-Bahan

  • 1/2 ekor ayam
  • 3 ulas bawang putih - dikisar
  • bawang besar - dipotong bulat
  • bawang merah - dikisar
  • 1 inci halia
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar madu
  • tomato - dibelah 4
  • kulit kayu manis
  • air - ikut nak kuah banyak atau tak
  • garam secukup rasa

Cara Memasak Ayam Masak Madu
Resepi Ayam Masak Madu

#1: basuh dan potong ayam sesuka hati kemudian ayam digaram kunyitkan. selepas tu ayam digoreng separuh masak angkat dan toskan dan ketepikan.

#2: tumis bahan kisar tadi sampai naik bau kemudian masukan kulit kayu manis dan bila dah nampa garing masukan air, sos cili, sos tomato, dan madu.

#3: masukan ayam dan biarkan ayam masak sepenuhnya dan perasakan dengan sedikit garam.

#4: akhir sekali masukan tomato dan bawang besar dan bila dah empuk angkat dan ayam siap dihidangkan.

bagaimana resepi ayam masak madu nie simple sangat kan?
Baca Juga:
resepi ayam masak paprik ala thai
resepi ayam masak kurma
resepi ayam masak halia berkuah
resepi ayam masak merah
semoga resepi yang saya share ini bermanfaat dan sampai jumpa di artikel berikutnya, terima kasih.

Sunday, 27 December 2015

Resepi Ayam Masak Paprik Ala Thai Paling Sedap

hello jumpa lagi dengan saya, hari ini saya nak kongsi resepi ayam masak paprik ala thai yang saya masak semalam.

resepi ini saya dapat ketika saya berkunjung ke rumah saudara di kuala lumpur. saudara saya pandai masak ayam masak paprik ini kerana rasa dan warnanya sangat cantik.

resepi ini asal dari negara thailand oleh kerana itu dinamakan ala thai. yang paling utama masakan ini sangat simple sedap dan cepat untuk disediakan.
Resepi Ayam Masak Paprik

Resepi Ayam Masak Paprik ala Thai


beberapa waktu lalu saya juga sudah menulis resepi ayam masak kurma yang boleh anda jadikan menu masak hari ini.

anda pasti ingin segera cuba dirumah kan? jom kita layan resepi dibawah:

Bahan-Bahan

  • 2 keping dada ayam - hiris nipis
  • 4 biji cili padi - diketuk
  • 2 sudu makan cili kering kisar
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 ulas bawang merah - dihiris
  • 2 ulas bawang putih dihiris
  • 1 biji cili merah - dihiris serong
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1/2 inci halia - hiris halus
  • 1/2 labu bawang besar - hiris memanjang
  • 1/2 cawan air
  • sedikit garam
  • sedikit kicap manis
Bahan Sayuran
  • 2 biji putik jagung - dihiris
  • 2 tangkai kacang polong - dihiris pendek
  • bunga kobis - dipotong kecil
  • 1/2 biji karot - dihiris memanjang
Cara Memasak Ayam Masak Paprik
Resepi Ayam Masak Paprik Ala Thai

#1: panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng hirisan ayam hingga warnanya keputihan. selepas tu toskan dan ketepikan.


#2: sisakan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang merah, halia, dan bawang putih hingga harum. kemudian masukan cili kisar dan tumis kembali hingga pecah minyak.

#3: masukan sedikit kicap manis, sos cili, sos tiram, dan sos tomato kemudian kacau rata. masukan ayam yang digoreng tadi dan gaul hingga rata.

#4: masukan serai, air, dan daun limau purut. masukan sedikit garam secukup rasa dan kacau rata. kemudian masukan sayur-sayuran yang dah dihiris tadi dan bawang besar. selepas tu masak sampai sayur tadi agak empuk.

#5: Akhir sekali, bila dah masak angkat dan hidangkan bersama nasi panas Mmmmm Sedaappp!
Ayam Masak Paprik Ala Thai

Nota : anda boleh tambahkan sedikit air bila kuah agak pekat
bagiamana mudah kan resepi ayam masak paprik ala thai yang saya nak kongsi ini. 
Baca Juga:
resepi ayam masak halia
resepi bebola ayam cheese
resepi mee kari ayam special
terima kasih anda sudah mau berkunjung di blog saya yang sederhana ini. sampai jumpa di artikel seterusnya.

Saturday, 26 December 2015

Resepi Ayam Masak Kurma Special

resepi ayam masak kurma special adalah hidangan yang tak asing lagi disetiap kenduri kendara. makanan ini juga sangat sedap untuk berbuka puasa.

saya suka masak ayam kurma ni sebab bahan-bahanya senang nak cari dan proses membuatnya pun tak rumit atau merenyahkan. sama hal dengan resepi ayam masak halia yang saya tulis beberapa minggu yang lalu.

menurut saya hidangan ini sangat mudah dan sedap. pastikan juga anda menggunakan santan dan ayam yang segar bagi mendaptakan rasa yang terbaik.
Resepi Ayam Masak Kurma

Resepi Ayam Masak Kurma


tak usah bercakap lama-lama lah berikut resepi yang saya bahagikan untuk anda

Bahan-Bahan

  • 1 kg daging ayam
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 biji kentang
  • 4 sudu besar empah kurma ayam
  • 2 biji tomato (dibelah 4)
  • rempah tumis (buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis)
  • 1 biji lobak merah (didadu besar)
  • sedikit air asam jawa
  • minyak untuk menumis
Bahan Kisar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia

Cara Menyediakan
Resepi Ayam Masak Kurma

#1: panasakan minyak dalam kuali kemudian masukan bahan kisar, rempah kurma ayam, rempah tumis dan kacau sehingga pecah minyak

#2: selepas tu masukan ayam dan kacau sebati kemudian tunggu sekejap sampai masak kemudian masukan sedikit asam jawa, lobak merah, dan kentang.

#3: bila kentang dan lobak merah dah empuk boleh masukan santan dan kacau sebati lalu biarkan mendidih

#4: Akhir sekali, masukan gula dan garam secukup rasa kemudian masukan juga tomato. bila dah masak hidangkan bersama nasi panas. Mmmmm Sedaaappp!

hidangan ini memang sedap bila dimakan bersama nasi panas dan sambal belacan yang dititiskan dengan limau nipis, ikan kering, dan telur dadar.
Baca Juga:
resepi rendang ayam minang
resepi ayam masak merah 
resepi kari ayam tanpa santan
terima kasih anda sudah mahu melawat di blog saya ini, terima kasih.

Resepi Bebola Ayam Dengan isian Cheese Sedap

resepi bebola ayam cheese yang akan saya kongsikan nie boleh dikatakan sangat sedap dan sesuai dimakan ketika musim hujan tiba atau untuk bekal anak.

sebenarnya, makanan nie adalah hidangan masa promosi KFC dan bila dibelah dalamnya memang tampak mengujakan dan bila anda beli kat pasaranya tak pasti la harganya berapa.

pertama kali saya makan makan ini langsung suka dan saya ingin mencuba membuatnya dirumah. namun, saya tak tahu resepinya. akhirnya, saya mencari di cik google sampai pusing-pusing saya mencari tapi tak macam berapa kena di hati.
Resepi Bebola Ayam Cheese

Resepi Bebola Ayam Cheese


jadi hari nie saya membuat bebola ayam mengikuti selera saya. walaupun tak sesedap bebola cheese yang dijual di KFC tu. yang penting dah namapak bulat dan warnanya pun cantik. hehehe

pasti penasaran kan? jom kita layan resepi dibawah

Bahan-Bahan

  • 300 mg kentang dikukus dan dilecek
  • kiub keju secukupnya
  • 1 biji kuning telur
  • 3 sudu makan susu tepung
  • 1/4 st serbuk lada sulah
  • 1 sb butter tanpa garam (bila guna mentega biasa kurangkan garam)
  • garam secukup rasa
  • tambahan sedikit tepung gandum
Bahan Salutan
Resepi Bebola Ayam Cheese

  • serbuk roti
  • 2 putih telur dikocak sedikit
  • minyak untuk menggoreng
Cara Menyediakan

#1: siapkan wadah dan gaul kesemua bahan tadi dan gaul sehingga tak melekat pada tangan (bila melekat tambahkan sedikit tepung gandum)

#2: ambil sedikit adunan kemudian lemperkan dan masukan kiub keju di dalam lemperan adunan tadi. buatlah macam bola sehingga habis
Resepi Bebola Ayam Cheese

#3: panaskan minyak dalam kuali dan goreng bebola tadi pada api sederhana sampai bebola masak

#4: akhir sekali, bila dah masak angkat dan hidangkan bersama sos kegemaran anda.

bagaimana mudah kan resepi bebola ayam isian cheese yang saya kongsikan nie. saya harap artikel saya dapat memberi idea untuk anda yang ingin memasak masakan sedap ini.
Baca Juga:
resepi rendang ayam minang
resepi nasi ayam hainan
resepi ayam masak halia
jangan lupa selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan terus menulis resipi sedap lainya yang sayang bila anda dilewatkan.

Friday, 25 December 2015

Resepi Telur Rebus Masak Sambal Tumis Sedap

Sebenarnya resepi telur rebus masak sambal tumis nie saya tak terlalu berpuas hati sebab masakan saya tak secantik punya ibu saya. saya banyak belajar memasak dari ibu dan masakan yang paling saya suka adalah resepi mee kari ayam special dan resepi ikan kerisi masak taucu.

oh iya, selamat berhujung minggu untuk semua pembaca yang setia singgah di blog ini, saya harap anda sentiasa sihat agar boleh memasak masakan yang sedap untuk keluarga.

resepi yang saya kongsikan ini sangat ringkas dan sila abaikan bila anda memang anda dah pandai memasak resepi ini.
Telur Rebus Masak Sambal Tumis

Resepi Telur Rebus Masak Sambal Tumis


bila anda ingin mencuba memasak telur rebus sambal tumis ala saya sila layan resipi dibawah ini:

Bahan-Bahan

  • 3 atau 4 biji telur - rebus dan buang kulitnya
  • 5 biji cili besar merah - dikisar
  • 1 biji tomato
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu teh gula
  • serbuk perasa - bila anda suka
  • minyak 
  • gula dan garam secukup rasa
Cara Memasak Telur Rebus Sambal Tumis

#1: panaskan 2 sudu besar minyak dalam kuali kemudian masukan bawang putih, bawang merah, dan tomato. goreng bumbu tadi sampai layu kurang lebih 5 minit

#2: selepas tu keluarkan bahan yang digoreng tadi dalam kuali dan blender sehingga hancur.

#3: di kuali yang sama masukan telur yang dah direbus dan dibuang kulitnya tadi. goreng sekejap sahaja angkat dan ketepikan.

#4: tumis cili yang dah dikisar tadi menggunakan sisa minyak yang digunakan untuk menggoreng telur tadi dan masak sehingga agak pekat. kemudian masukan sedikit gula dan garam. 

#5: akhir sekali, sesuaikan rasa dan bila dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan bersama nasi panas. Mmmm Sedaaappp!

dah itu saja resepi telur rebus masak sambal tumis yang saya kongsikan untuk anda. selalu lawati blog blogopsi.com kerana saya akan terus mengupdate resipi-resipi terbaru untuk anda semua, terima kasih.

Tuesday, 22 December 2015

Resepi Mee Kari Ayam Special dan Sedap

anda tidak mempunyai idea untuk memasak hari ini? bila iya anda boleh cuba resepi mee kari ayam special yang akan saya kongsikan kali ini.

saya rasakan sepanjang tahun ini masakan yang paling kerap dimasak adalah mee kari dan mee kari ni paling sedap bila dimasak bersama air rebusan udang. saya sendiri agak pandai memasak mee kari setelah beberapa kali mencuba dan cuba lagi.

boleh dikatakan penyediaan mee kari ni agak remeh sebab bahanya memang banyak, termasuk bahan untuk taburan diatas hidangan atau hiasan.
Resepi Mee Kari Ayam

Resepi Mee Kari Ayam Special 


sejak dua tahun lepas, hampir setiap bulan saya selalu memasak mee kari sebab keluarga saya sangat suka dengan masakan ni.
Baca Juga:
resepi ayam masak halia sedap berkuah
resepi rendang ayam asli minang
resepi nasi kukus ayam goreng berempah dan kuah
bagi saya mee kari ni sangat menarik, sebab kombinasi seafood yaitu udang dan kerang juga boleh menambah lebih cita rasa kuah kari. untuk menyediakan mee kari tidaklah susah manapun, main campak aje pun sedap.

pasti anda penasaran kan? jom kita layan resepinya dibawah ni.

Bahan-Bahan
Resepi Mee Kari Ayam


  • 1 kg mee kuning
  • 500 gram ayam - potong kecil
  • 13 biji bebola ikan (fish cake)
  • 300 gram udang - buang kulit
  • 4 sudu besar rempah kari ayam - bancuh menjadi pes pekat
  • 2 cawan santan pekat
  • 3 keping kek ikan (cake fish)
  • 1 biji kentang - rebus dan lecek halus
  • 1 kg kerang - rebus dan ambil isi
  • 2 cawan air dari rebusan udang yang dibuang
  • 2 cawan santan cair
  • 2 keping asam gelugor
Bahan dikisar Halus
  • 4 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering- rebus dan toskan
  • 6 biji bawang merah
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 2 sudu besar udang kering - rendam hingga lembut
  • 1 batang serai - hiris nipis
Bahan Untuk Rempah Tumis
  • 5 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum cengkih
  • 2 tangkal daun kari
  • 1 batang kayu manis
Bahan Untuk Hiasan
  • 4 biji telur - potong 2 bahagian
  • bawang goreng
  • 4 biji tauhu digoreng dan dihiris
  • daun bawang
  • cili merah
  • liamu kasturi - potong 2 bahagian
  • taugeh
  • 2 tangkai sawi - potong dan rebus
  • rebusan udang (tidak wajib)
Cara Membuat Mee Kari Ayam 

#1: panaskan air sampai mendidih kemudian celur mee kuning seketika. angkat dan toskan

#2: panaskan minyak dalam periuk dengan api sederhana. tumis bahan rempah sampai naik bau kemudian masukan juga bahan kisar halus dan pes rempah kari. kacau sampai sedikit agak garing dan sampai pecah minyak

#3: selepas tu masukan ayam dan kacau seketika sehingga separuh masak. tuang sanatan cair dan air rebusan udang. selepas tu masak sampai kuah mendidih

#4: masukan udang, kek ikan, kerang, kentang, asam glugor, bebola ikan, dan santan pekat. kacau kembali kuah tadi supaya semasa proses memasak tidak pecah minyak.

#5: masukan sedikit gula dan garam secukup rasa dan akhir sekali, hidangkan mee bersama hiasan dan kuah secukupnya.
Resepi Mee Kari Ayam

bila mee kuah kari dah masak bolehlah dihidang ,mengikuti kreativiti tekak masing-masing. itulah resepi mee kari ayam special yang saya bahagikan untuk anda. terima kasih sudah mau berkunjung di blog saya ni.

Resepi Ikan Kerisi Masak Taucu Sedap dan Mudah

hari ini saya nak buat resepi ikan masak taucu dan rasanya semua orang tahu cara memasak ikan masak taucu nie. tapi saya ingin juga berkongsi disini sebab keluarga saya suka masakan begini.

sebenarnya saya sempat bertanya dengan pak cik google, apa masakan sedap untuk di masak ikan kerisi?

jawabnya masak taucu. akhirnya pagi sangat saya pergi ke pasar tani untuk membeli ikan kerisi. setelah membeli ikan kerisi saya dah tak sabar untuk segera memasaknya kerana saya belum pernah lagi mencuba masakan ini.
Resepi Ikan Masak Taucu Sedap

Resepi Ikan Kerisi Masak Taucu


pasti anda penasaran kan? jom kita layan resepi dibawah ni

Bahan-Bahan

  • 2 keping ikan kerisi
  • 4 biji cili merah - hiris
  • 3 tangkai cili padi
  • 2 sudu besar tauchu
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 1 inci halia - hiris
  • 1 biji bawang besar - hiris
  • 1 cawan air
  • 1 sudu kecil pes asam jawa
  • sedikit gula dan garam
Cara Memasak Ikan Kerisi Masak Taucu
Resepi Ikan Masak Taucu

#1: lumur ikan bersama kunyit dan garam setelah itu goreng dan toskan

#2: pada minyak yang sama tumis bawang besar, halia, bawang putih yang telah dihiris tadi sampai harum dan masukan cili padi dan cili merah.

#3: masukan taucu dan kacau rata. selepas itu masukan air dan air asam jawa masak sampai mendidih. kemudian masukan sedikit gula dan garam atau secukup rasa.


#4: bila bumbu tadi sudah mendidih masukan ikan kerisi sekejap sahaja. anda boleh sesuaikan rasa bila air kurang boleh tambah air.

Angkat dan hidangkan panas-panas bersama nasi yang panas pula, Mmmmm Sedaaappp!
Baca Juga:
resepi sambal ikan bilis kering melaka
resepi ikan tenggiri masak kicap pedas
itulah resepi ikan kerisi masak taucu yang saya nak bagi dan selalu kunjungi blog blogopsi.com kerana saya akan menulis resepi-resepi terbaru, terima kasih

Sunday, 20 December 2015

Resepi Sambal Ikan Bilis Kering Melaka Sedap

sambal ikan bilis kering sangat sedap dan banyak disukai kebanyakan masyarakat kita. sebenarnya ikan bilis. sebenarnya sambal ikan bilis sangat banyak dan kemarin saya juga sudah menulis sambal tumis ikan bilis yang pasti anda suka.

banyak orang boleh membuat sambal nie tapi tidak semua orang boleh menghasilkan sambal ikan bilis yang sedap. sebenarnya tidak susah pun menghasilkan sambal ikan bilis yang sedap. cuma teknik semasa membuatnya mesti betul-betul.

sebenarnya saya sudah lama tidak membuat resepi sambal nih jadi saya lupa nak agak-agak ukuranya. jadi saya saya share cara membuat dan bahan-bahanya saja ye.
Sambal Ikan Bilis Kering

Resepi Sambal Ikan Bilis Kering


Bahan-Bahan

  • ikan bilis
  • sedikit bawang merah
  • sedikit bawang putih
  • kacang tanah - ikut seseuai selera je
  • cili kering
  • sedikit garam dan gula
  • minyak masak
Cara Penyediaan


#1: potong cili kering menjadi 2 bahagian kemudian rebus dan bila dah masaak angkat dan toskan sampai kering tak de air yang menetes. setelah itu ditumbuk sampai lumat.

#2: basuh ikan bilis dan jemur bawah cahaya matahari sampai betul-betul kering atau boleh juga keringkan dalam oven. kemudian setelah ikan bilis dah kering goreng sampai garing.

#3: tumbuk bawang merah dan bawang putih sampai lumat dan goreng kacang tanah sehingga garing.

Cara Membuatnya
Sambal Ikan Bilis Kering

#1: panaskan minyak dalam kuali selepas itu masukan bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk tadi. goreng sampai nampak garing.

#2: kemudian masukan cili kering yang telah ditumbuk lumat. masak dan biarkan sampai pecah minyak. bila dah nampak pecah minyak masukan sedikit gula dan garam.

#3: bila sudah masak bolehlah tutup api dan biarkan sehingga sejuk. selepas itu bila dah sejuk masukan ikan bilis yang telah digoreng garing tadi bersama kacang tanah. kemudian gaul rata

#4: akhir sekali, angkat dan hidangkan bersama nasi panas. Mmmmm sedaaappp!

bagaimana resepi sambal ikan bilis kering yang saya bahagikan ini mudah tak?
Baca Juga :
resepi ikan keli goreng berlada
resepi ikan siakap masam manis
resepi ikan tenggiri masak kicap
itu je semoga artikel ini bermanfaat untuk anda dan sampai jumpa di artikel berikutnya ye, terima kasih.

Resepi Ayam Masak Halia Berkuah Paling Sedap

hari ini saya ingin mencuba resepi ayam masak halia berkuah. walaupun saya sibuk tetapi tugas memasak harus diteruskan. sebab, ada mulut yang menanti untuk disuap.

saya ingin memasak ayam masak halia kerana saya hubby juga makan daging ayam yang dimasak mendidih dengan kuah. tetapi resepi yang saya buat ini daging ayamnya digoreng terlebih dahulu.

kemarin saya sudah menulis resepi ayam masak merah yang boleh anda cuba dirumah atau anda juga boleh mencuba resepi rendang ayam minang untuk idea memasak.
Resepi Ayam Masak Halia

Resepi Ayam Masak Halia Berkuah


memang tak sia-sia mencuba, resepi yang cukup ringkas ini tapi hasilnya cukup sedap. bila anda tidak punya masa pergi ke dapur sangat cocok kerana resepi yang mudah ini adalah terbaik untuk dicuba.

Bahan-Bahan

  • dada ayam - dipotong kecil 
  • 8 biji cili padi - diketuk atau dibelah 2
  • 1 sudu kecil tepung jagung - dibancuh dengan air
  • 3 ulas bawang merah - diblender 
  • 1/2 lobak merah - dipotong bulat
  • 1 biji tomato sederhana besarnya - dipotong 6
  • 2 ulas bawang putih - diblender
  • 1 biji bawang besar - dicercai 4 dan dicerai kelopaknya
  • 1 inci halia - hiris nipis seperti mancis
  • 1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk kasar
  • 1/4 lada benggala  - dipotong kecil
  • 1/2 sudu kecil pati ayam
  • 1/2 cawan air
  • sedikit kicap
  • sos tomato, sos cili, dan sos tiram
  • sedikit garam dan gula
Cara Memasak Ayam Masak Halia
Resepi Ayam Masak Halia Berkuah

#1: ayam yang sudah dipotong kecil-kecil dan digoreng tadi perap dengan sos tiram, sedikit garam, sedikit serbuk lada hitam selama 20 minit.

#2: kemudian panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam tadi, selepas tu bila dah namapak garing ketepikan. dengan memakai minyak yang sama tapi bila banyak buangkan sikit. tumis bahan yang tealh ditumbuk kasar tadi bersama halia sampai naik bau dan kekuningan.

#3: kemudian masukan bawang besar, cili padi, lobak merah, dan lada benggala. selepas itu kacau sebatikan. masukan sos cili, sos tiram, sos tomato, sedikit kicap, dan air. kacau sebatikan.

#4: bila dah nampak mendidih masukan kepingan dada ayam yang telah digoreng tadi dan kacau sebatikan. masukan juga tepung jagung yang telah berbancuh dengan air. sesuaikan kepekatan dengan selera anda

#5: akhir sekali masukan pati ayam, garam, gula, dan buah tomato. kemudian kacau rata dan sesuaikan cita rasanya dengan selera anda. bila dah masak tutp api dan hidangkan bersama nasi panas. Mmmmm Sedaaappp!

sebenarnya resepi ayam masak halia berkuah ini dapat dari pertolongan cik google. tapi saya dalam dilema kerana resepi awalnya tak tahu jadi nak dicatatkan dari siapa dah, kerana resepi saya sekodeng nie.
Baca Juga:
resepi kukus nasi ayam goreng berempah
resepi kari ayam tanpa santan
terima kasih anda sudah mau melawat di blog saya ini dan sampai jumpa di artikel berikutnya ya.

Wednesday, 16 December 2015

Resepi Rendang Ayam Minang Asli Sedap

kebayanyakan masakan minang memerlukan rempah-rempahnya ditumis terlebih dahulu terutama resepi rendang ayam minang yang saya kongsikan ini.

beberapa waktu lalu kakak saya melawat ke rumah saya dan beliau mengajar bagaimana cara memasak rendang ayam yang sedap. kakak saya memang mewarisi kehandalan memasak masakan minang dari bonda.

selepas saya mendapatkan resipi ini daripada kakak saya tidak langsung cuba memasak. baru setibanya hujung minggu, baru saya masak sebab bila hujung minggu dah ramai berkumpul jadi semangat nak masak bila ada orang nak makan.
Resepi Rendang Ayam Minang

Resepi Rendang Ayam Minang


disamping rendang ayam, saya juga menyediakan ikan bawal hitam yang digoreng garing dan goreng telur memang sangat sedap bila kuah rendang berminyak itu di gaul dengan nasi panas. Mmmm Lazaat!

pasti anda penasaran kan? jom kita lihat resipi nya dibawah..

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ayam
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 batang serai - titik
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 asam keping
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1 biji kelapa - santan pekat
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar
  • 18 tangkai cili kering
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 hiris lengkuas
  • 3 cm halia
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai
Cara Memasak Redang Ayam Minang
Resepi Rendang Ayam Minang

#1: panaskan minyak secukupnya di dalam kuali dan tumis bahan kisar sampai keluar minyak. selepas tu masukan jintan putih dan jintan manis. tumis kembali sampai naik bau. kemudian masukan ayam.

#2: tunggu sampai ayam kecut dan bila telah mendidih kemudian masukan santan pekat dan kacau rata sampai hampir pecah minyak.

#3: masukan limau purut dan kerisik dan terus masak tetapi dengan api kecil dan sentiasa dikacau untuk mengelakan bawahny hangus. kemudian masukan garam dan gula secukup rasa dan juga asam keping.

#4: bila kuah dah nampak kering berarti dah masak bolehlah dingkat dan hidangkan bersama nasi panas Mmmmm Sedaaappp!
Resepi Rendang Ayam Minang

Nota: bila anda ingin berkuah boleh biarkan ianya sedikit berkuah untuk dimakan bersmaa nasi.
Baca Juga:
resepi nasi kukus ayam berempah dan kuah
resepi ayam masak merah simple

itulah resepi rendang ayam minang yang saya share untuk anda dan selalu kunjungi blog ini kerana saya akan selalu update resepi terbaru untuk anda, terima kasih.

Resepi Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah dan Kuah

resepi nasi kukus ayam berempah boleh menjadi pilihan makanan sedap untuk keluarga anda. apalagi ditambah kuah boleh menambah cita rasa lebih sedap.

kemarin saya sudah menulis resepi ayam masak merah simple yang boleh anda jadikan idea menu masak hari ini dan sebenarnya saya dah lama juga tak wat nasi kukus ini. saya hanya memasak bila cuti sahaja.

resepi nasi kukus ayam berempah ini memang sedap bila dimakan bersama kuah kari. anda juga boleh menambahkan bahan lain sesuai selera.
Resepi Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah dan Kuah

Resepi Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah dan Kuah

A) Nasi Kukus
nasi kukus

Bahan-Bahan

  • 4 cawan beras 
  • 3 cawan air
  • 2 helai daun pandan - simpul
Cara Memasak Nasi Kukus

#1: cuci bersih beras kemudian rendam sekejap dan toskan. selepas tu didihkan air dalam dalam pengukus dan masukan daun pandan simpul agar rasanya lebih sedap.

#2: kukus beras selama kurang lebih 25 menit atau samapi beras dah sepraruh masak. selepas itu keluarkan beras dari dalam pengukus dan rendam beras dengan air sehingga air rendaman menjadi sejuk (agar lebih cepat sejuk tukar selalu air rendaman )

#3: kukus kembali beras tadi selama 10 - 15 minit sahaja. selanjutnya, keluarkan beras dan gaul dengan air 3 cawan dan biar sampai air tersebut menyerap masuk ke dalam beras.

#4: kukus kembali hingga nasi masak selama 15 minit. dan nasi kukus dah siap sekarang kita memasak yang lain.

B) Ayam Goreng Berempah
ayam goreng berempah

Bahan Perap
  • 6 ketul ayam - perasakan dengan garam dan kunyit
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil paprika
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
  • sedikit oregano (xboh pun xpe)
  • minyak untuk menggoreng
Bahan Kisar
  • 6 cm halia muda - kisar
  • 4 ulas bawang merah - kisar
  • 3 batang serai - kisar
  • 3 ulas bawang putih - kisar
Cara Memasak Ayam Goreng Berempah

#1: gaul ayam dengan semua bahan perap tadi kecuali minya sahaja. selepas itu masukan bahan kisar dan gaul sebati

#2: perap ayam tadi selama 1 jam tapi lebih lama lagi sedap. kemudian goreng ayam perap dengan api sederhana.

C) Kuah Kari
kuah kari

Bahan-Bahan
  • 2 biji bawang besar
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 tangkai daun kari
  • 5 biji tomato
  • 1 cm kunyit hidup
  • 1 peket rempah kari
  • 1 keping asam keping
  • potongan kecil ayam 1 mangkuk (boleh guna tulang ayam)
  • 1 kuntum bunga lawang
  • stok daging ayam lebih kurang 2 liter
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • 1 batang kulit kayu manis
Cara Membuat Kuah Kari

#1: kisar kunyi hidup, tomato, dan bawang besar menggunakan pengisar makanan dan campurkan sebagahagian hasil kisaran dengan kuah kari.

#2: panaskan minyak dalam periuk dan tumis bunga lawang, daun kari, dan kayu manis dan masukan campuran rempah kari dan masak hingga garing. selepas itu masukan cili kisar.

#3: masukan lebihan kisaran tomato dan bawang tadi dan masak hingga garing. kemudian masukan stok daging dan masak sehingga mendidih. masukan garam, gula, asam keping, dan ayam. masak sehingga mendidih dan sedikit pekat. terakhir perasakan secukupnya

D) Sambal Belacan
sambal belacan

sambal belacan ini cukup istimewa sebab saya masukan juga ikan bilis dan anda juga boleh membaca artikel saya resepi sambal tumis ikan bilis yang saya tulis beberapa hari lalu.

Bahan-Bahan
  • 4 biji bawang merah
  • 3 biji cili merah
  • 1 inci belacan
  • 3 ulas bawang putih
  • garam dan gula secubit
  • perhan jus limau kasturi
  • setengah genggam ikan bilis
  • 2 sudu minyak
  • 10 biji cili padi
Cara Membuat Sambal Belacan

#1: belah cili padi menjadi 2 bahagian agar saat digoreng tidak meletup dan potong bawang

#2: panaskan minyak dalam kuali dan masukan ikan bilis, cili padi, dan bawang dan goreng selama 5 minit atau hingga layu je.

#3: angkat dan masukan dalam lesung. tambahkan dengan limau kasturi yang telah dipotong-potong, sedikit gula dan garam. selepas tu tumbuk semua bahan tadi di dalam lensung.

#4: Terakhir sekali, hidangkan sebagai pencicah ngan ulam-ulaman atau ngan ikan masin dan sayur bening.

itu je resepi nasi kukus ayam goreng berempah dan kuah yang saya nak bagi. saya harap boleh berguna untuk anda yang sedang mencari idea memasak hari ini, terima kasih.

Monday, 14 December 2015

Resepi Ikan Siakap Masam Manis Sedap dan Simple

resepi ikan siakap masam manis ini asalnya dari bahagian timur negeri cina tetapi melalui masa ke masa telah mengubah resipi ini mengikut selera masa kini.

sebenarnya resepi ini tidak mesti menggunakan ikan siakap anda boleh menggunakan ikan lain mengikut selera anda dan berat ikan yang sesuai untuk resipi ini adalah 1 kg.

sebab, bila ikan itu besar sangat isinya tak molek dan ikan yang ingin masak resepi ini peru goreng garing bertepung dan teknik memotong ikan ini membuatkan anak-anak lebih mudah menikmati ketulan isi ikan yang dimasak.

kemarin saya juga dah menulis resepi ikan siakap goreng 3 rasa dan resepi ikan siakap masak stim limau sedap yang boleh dijadikan idea anda.
Resepi Ikan Siakap Masam Manis

Resepi Ikan Siakap Masam Manis


anda pasti nak cuba resepi yang ringkas ini kan? jom kita lihat cara-caranya dibawah

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ikan siakap kira-kira 1 kg
  • 4 ulas bawang putih - dicincang
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 2 susu besar sos cili
  • 30gm nanas - dipotong dadu
  • 20gm lada benggala hijau
  • 1 labu bawang holand - dihiris kasar
  • 1 sudu besar tepung jagung dan sedikit garam
  • 1/2 batang lobak merah - dipotong seperti mancis
  • gula, garam, dan lada sulah secukup rasa
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 tangkai cili merah
  • minyak untuk menumis
Cara Memasak Ikan Siakap Masam Manis

#1: bersihkan ikan siakap, selepas itu siat dagingnya dan dipotong dadu lalu digoreng hingga separuh garing dan bila dah garing ketepikan seketika

#2: panaskan minyak dalam kuali, masukan bawang putih dan tumis hingga agak garing. selepas itu masukan bawang holand dan lobak merah

#3: setelah lobak merah dan bawang holand agak layu masukan masukan air dan semua sos lalu kacau rata.

#4: selanjutnya perasakan dengan guloa, serbuk lada, dan garam secukup rasa. selepas tu masukan nanas, lada benggala, dan cili merah.

#5: akhir sekali, kacau sebentar dan bila ikan dah masak matikan api dan tuang kuah ke atas ikan yang sudah digoreng tadi. hidangkan bersama nasi panas. Mmmmm Sedaaappp!
Nota: teknik memotong ikan yang saya pakai yaitu dengan menyiang seperti biasa. tetapi menghiris ikan dikedua-kedua belah sisi dan seterusnya dipotong dadu. dan jangan lupa tulang ikan bersama-sama kepala juga digoreng rangup.
itulah resepi ikan siakap masam manis yang boleh anda cuba di rumah dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan menulis resipi-resipi lainya yang tak kalah sedap.

Sunday, 13 December 2015

Resepi Ikan Tenggiri Masak Kicap Pedas

resepi ikan tenggiri masak kicap sangat disukai oleh hampir semua masayarakat kita kerana rasanya yang sedap. kemarin saya juga sudah menulis resepi ikan tongkol masak kicap sedap yang menjadi hidangan istimewa saya semasa makan malam.

ikan tenggiri mudah kita jumpai di pasar tani dan harganya'pun tak terlalu mahal dan ikan tenggiri boleh menjadi pilihan sebab kerana memasaknya yang mudah tapi sedap.

sebenarnya saya ingin menulis resepi ini semalam. tapi kerana tak cukup masa akhirnya barulah hari ini ada kesempatan nak menulis resepinya.
Resepi Ikan Tenggiri Masak Kicap

Resepi Ikan Tenggiri Masak Kicap


pasti anda ingin tahu bagaimana cara saya memasaknya kan? jom kita semak resepinya dibawah

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ikan tenggiri papan saiz sederhana
  • 9 biji tomato ceri
  • 1 biji bawang besar - potong bulat dan leraikan
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji cili merah - hiris serong memanjang
  • 1 biji cili hijau - hiris serong memanjang
  • 1 batang leek - kerat pendek dan rendam
  • 1 camca teh kicap pekat JALEN
  • 1/4 camca kicap lemak manis JALEN
  • 1/4 camca cuka makan JALEN
  • sedikit garam dan serbuk kunyit
  • 1 cawan air
Bahan Kisar Halus
  • 5 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 1 camca teh lada hitam biji
  • 1 camca besar ketumbar biji
  • 3 biji bawang putih
Cara Memasak Ikan Tenggiri Masak Kicap

#1: ikan tenggiri dipotong pada beberapa bahagian. selepas itu cuci bersih dan toskan. lumurkan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. goreng sampai masak tapi tak perlu hingga garing dan angkat lalu ketepikan.

#2: panaskan minyak dalam kuali dan tumis bunga lawang dan kayu manis hingga harum. selepas itu masukan bahan kisar dan tumis sampai terbit minyak.

#3: masukan kicap pekat, air, dan kicap lemak manis dan kacau rata. tambahkankan bawang besar, ikan, dan toskan. selepas tu kacau rata dan masak hingga pekat.

#4; masukan cili merah, cili hijau, cuka makan, dan tomato ceri. gaul rata dan masak sekejap. jika dah masak matikan api.

#5: terkahir sekali, hidangkan bersama nasi panas. Mmmmm Sedaaapp!

Resepi Ikan Tenggiri Masak Kicap Pedas ini paling sedap bila dimakan panas-panas. terima kasih kepad semua pembaca yang mahu menerima blog ini.\
Baca Juga:
resepi ikan kembung masak kicap
resepi ikan keli goreng berlada
semoga blog ini boleh menjadi teman dikala kekeringan idea untuk mencari resepi dan sebagainya.

Saturday, 12 December 2015

Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap Pedas

resepi ikan tongkol masak kicap pedas boleh jadi pilihan bila anda ingin menyediakan menu masakan ringkas untuk hidangan keluarga.

bagi sebahagian orang yang sudah biasa memasak, resepi mudah macam ini tak payah fikir-fikir lagi lagi kerana tangan secara automatik menghiris ini dan itu, mengambil ini dan itu. tapi bagi orang yang sekali sekala memasak ada yang kena buat rujukan.

sebenarnya, resepi ini saya dapat selepas mengintai resepi kat blog Kak Azie. menurut saya resepi ikan masak  kicap ini sangat sedap sebab kuah kicap meresap masuk ke dalam isinya dan isinya lembut juga.
Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap

Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap


beberapa waktu lalu saya juga menulis resepi ikan kembung masak kicap dan resepi ini lebih sedap bila dimakan dengan nasi panas. ingin tahu bagaimana cara saya memasak? jom kita tengok resepi dibawah.

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ikan tongkol saiz sederhana (lumur garam dan kunyit lepastu goreng)
  • 8 ulas bawang merah - kisar
  • 3 biji cili hijau - hiris
  • 1/2 biji bawang besar - hiris
  • 4 ulas bawang putih - kisar
  • 2 sudu besar cili - kisar
  • 1 inci halia - kisar
  • sos tiram
  • sos tomato
  • sedikit cuka
  • kicap
  • gula dan garam secukup rasa
Cara Memasak Ikan Tongkol Masak Kicap

#1: panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar tadi sampai harum dan garing

#2: selepas itu masukan sos tomato, sos tiram, kicap, sedikit cuka dan sedikit air dan masak hingga mendidih

#3: Akhir sekali, masukan cili hiris dan bawang dan sesuaikan rasa. selepas tu masukan gula dan garam secukup rasa. tutup api dan masukan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul rata.

#4: angkat lalu hindangkan dengan nasi panas, Mmmmmm Sedaaaap!

bagaimana mudah kan resepi ikan tongkol masak kicap ini.
Baca Juga : 
resepi sambal tumis ikan bilis
resepi ikan keli goreng berlada
resepi ikan siakap goreng 3 rasa
terima kasih anda sudah mau melawat blog saya yang sederhana ini dan sampai jumpa di artikel selanjutnya ya.

Thursday, 10 December 2015

Resepi Ayam Masak Merah Paling Simple dan Sedap

resepi ayam masak merah memang sedap bila dihidangkan dihari istimewa seperti saat juadah berbuka puasa atau kenduri.

bahan-bahan yang digunakan untuk memasak ayam merah pun sangat simple ada sesetengah resepi dan tomato puree yang agak mahal. ayam masak merah adalah makanan kegemaran saya dan setiap berbuka puasa saya selalu memasaknya.

sebenarnya resipi ayam masak merah ini diambil dari rakan saya yang kebetulan pintar sekali memasak. semua masakan dia boleh masak dan saya sendiri banyak belajar daripada dia.
Resepi Ayam Masak Merah

Resepi Ayam Masak Merah


kemarin saya juga telah menulis resipi kari ayam tanpa santan yang boleh anda baca bila berminat. dan resepi ini disalin dah lama. namun, pada hari ini baru ada kesempatan mencuba sendiri.

pasti anda ingin tahu juga kan, jom kita tengok resepi dibawah ini

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ayam - lumur kunyit dan garam dan goreng separuh masak
  • 3 biji tomato belah 4
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 60 ml santan
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 250 ml air
  • gula secukup rasa
  • garam secukup rasa
  • kacang peas - opsyenal
  • minyak untuk menumis
Bahan Hiris

  • 5 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang besar 
  • 2 cm halian - dihiris jadi 3 keping
Bahan dikisar Halus
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 20 tangkai cili kering - direbus sebentar kemudian dikisar
  • 4 biji bawang besar
  • 2 cm halia
Cara Memasak Ayam Merah Sedap

Resepi Ayam Masak Merah

#1: panaskan minyak dalam kuali. selepas itu tumis bahan hirisan sampai layu da harum. kemudian masukan bahan kisar dan gaul rata.

#2: masukan sos cili dan cili kering yang dikisar tadi dan tumis sebentar sampai pecah minyak.

#3: selepas tu bila sudah pecah minyak masukan ayam yang digoreng separuh masak tadi. kacau rata dan biarkan seketika.

#4: masukan air mengikut sesuai selera dan masukan santan untuk memekatkan. selepas itu masukan garam dan tomato.

#5: masak kembali sampai pecah minyak dan bila ingin rasa yang lebih sedap boleh masukan sedikit gula. bila warna sudah cukup cantik dan rasa dah sebati. bolehlah tutup api.

#6: angkat dan hidangkan bersama nasi minyak, nasi tomato, dan nasi briyani. Mmmmmm Sedaaaaaapp.

resepi ayam masak merah ini saya perhatikan tidak menggunakan gula. tapi saya menambah gula bagi melengkapkan rasanya mengikuti cita rasa kami.
Baca Juga:
resepi ayam goreng kunyit simple
resepi nasi ayam penyet
sampai jumpa di artikel selanjutnya ya, terima kasih.

Resepi Kari Ayam Tanpa Santan Simple

resepi kari ayam tanpa santan. sudah beberapa hari ini selalu panas dan tak nampak mau hujan. musim panas paling enak bila memakan makanan yang dingin seperti agar-agar dan es.

paling utama untuk menjaga kesihatan di musim panas adalah menghindari santan. karena santan bisa menyebabkan panas dalam. bila anda suka dengan kari ayam maka mesti memasaknya tanpa santan. seperti resepi yang saya share ini.

sebenarnya sudah 2 minggu ini saya lebih banyak makan diluar berbanding masak sendiri. risau juga, nanti saya boleh kehabisan wang dan lebih elok itu wangnya ditabung je.
Resepi Kari Ayam Tanpa Santan

Resepi Kari Ayam Tanpa Santan


antara menu yang saya suka masak adalah kari ayam tanpa santan. kenapa tanpa santan? sebab santan tidak baik untuk kesihatan bila dimakan terlalu kerap.

tak usah berlama-lama, jom kita layan resepi dibawah ini

Bahan-Bahan

  • 3 ketul ayam
  • 3 batang bendi
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu rempah kari
  • 1 kayu manis
  • 1 bunga lawang
  • 1 biji kentang
  • 1 cengkih
  • 1 cawan air
  • 1/2  bawang besar kuning
  • 2 sudu minyak
  • secubit rasa
Cara Memasak Kari Ayam
Resepi Kari Ayam Tanpa Santan

#1: panaskan minyak dalam kuali dan masukan kayu manis, bawang putih, bawang besar,  bunga lawang, dan cengkih. selepas itu masak sehingga naik bau. masukan rempah kari dan masak hingga harum.

#2: selanjutnya masukan air dan kacau sehingga sebati. selepas itu masukan ayam, bendi, dan kentang. tunggu sampai masak.

#3: masukan sedikit garam atau secubit rasa dan gula. biar sehingga sedikit pekat. terakhir, angkat dan siap dihidangkan.
Nota : Resepi ini saya buat untuk 3 orang makan jadi ada 3 ketul ayam. jadi bila untuk lebih dari 3 orang sesuaikan je.
bagaimana resepi kari ayam tanpa santan, mudah je kan?
BACA JUGA :
resepi ayam goreng kunyit simple dan sedap
resepi nasi ayam hainan paling sedap
resepi nasi ayam penyet
sampai jumpa di artikel selanjutnya ya, terima kasih.

Tuesday, 8 December 2015

Resepi Ayam Goreng Kunyit Simple dan Sedap

resepi ayam goreng kunyit - saya sangat suka mencuba resipi turun-temurun atau resipi masakan baru yang sedang popular. saya selalu membeli majalah-majalah resipi dan sering membaca blog resipi dari cina, singapura, brunei, dan indonesia.

setelah saya cuba memasak banyak macam masakan saya menjadi lebih tahu bahawa memasak adalah seni. sebuah seni terindah yang dibuat khusus untuk keluarga tercinta.

kembali ke resepi, kali ini saya akan cuba share cara memasak ayam goreng kunyit. resepi ini saya dapat ketika berkunjung ke rumah saudara saya di johor.
Resepi Ayam Goreng Kunyit

Resepi Ayam Goreng Kunyit Sedap


sebenarnya, dah lama resepi ini disalin. cuma belum ada kesempatan dan masa yang sesuai untuk dicuba sendiri sehingga lah hari ini.

resepi ayam goreng kunyit ini dapat dimasak dalam anggaran 20 minit (10 minit penyediaan dan 10 minit memasak) dan resepi ini hanya untuk 2 orang makan. so, kalau untuk lebih dari anggaran 2 orang, anda boleh ubah sesuai kuantiti.

Bahan-Bahan
  • 300 gram ayam - bahagian dada
  • 2 ulas bawang putih - hiris nipis
  • 2 senduk minyak masak
  • 4 batang kacang panjang - potong 2 inci
  • 1 biji bawang merah - hiris nipis
  • 1 biji cili merah - hiris nipis
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 biji bawang besar - hiris nipis
Cara-Cara

#1: potong dada ayam pada iub kecil, selepas itu gaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. perap selama kurang lebih 5 minit.

#2: selanjutnya panaskan minyak dalam kuali dan goreng dada ayam diatas apai besar. kacau dengan kerap supaya tidak hangus dan keras. selepas itu masukan bawang merah dan bawang putih dan teruskan mengacau.

#3: bila ayam dah hampir masak masukan bawang besar, kacang panjang, dan cili merah. taburkan dengan sedikit gula dan kacau selama 1 minit. angkat dan hidangkan.
Baca Juga:
resepi nasi ayam simple
resepi nasi ayam penyet
resepi nasi ayam hainan
bagaimana resepi ayam goreng kunyit ini, sangat simple tak? selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resepi masakan melayu terbaru, terima kasih.

Resepi Cucur Udang Rangup dan Sedap

resepi cucur udang rangup adalah makanan yang tidak asing lagi di masyarakat kita. hampir semua orang menyukai udang. anda boleh membeli masakan udang direstoran manapun pasti ada.

bila anda ingin dapat rasa yang lebih sedap saya cadangkan menggunakan udang yang segar dan cucur udang ni paling bess dimakan masa panas.

setelah lama saya bercuti di dapur, hari ini saya telah kembali memasak makan tengah hari untuk keluarga.

awalnya saya bingung ingin masak apa? namun, saya teringat saat saya makan cucur udang di rumah saudara di johor.
Resepi Cucur Udang

Resepi Cucur Udang Rangup dan Lembut


okay, pasti anda ingin tahu juga kan bagaimana cara saya memasak cucur udang. jom, kita lihat resepnya berikut ini.

Bahan-Bahan:

  • 500 gram udang kertas yang jenis kecil (buang kepala dan janggut)
  • 3 - 4 sudu tepung gandum
  • 2 biji bawang besar - dihiris
  • 1 putih telur
  • 1 genggam taugeh - cuci dan toskan
  • 1 camca besar minyak masak
  • 1 cekak kucai - potong pendek
  • 1 camca teh cuka makan
  • 1 camca teh serbuk "pasti sedap knorr" 
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menggoreng terendam
  • 1/3 camca teh serbuk kunyit
Cara Memasak Cucur Udang Rangup

#1: dalam satu bekas, masukan semua bahan kecuali minyak untuk menggoreng, air, dan garam. selepas itu gaul rata dan tuang air sedikit demi sedikit hingga menjadi suatu adunan yang tidak cukup cair atau pekat. selepas tu tambah garam sedikit dan gaul rata. rehatkan sejenak.

#2: selanjutnya panaskan minyak terndam dalam kuali. selepas tu panaskan sudip leper dalam minyak, keluarkan sudip kemudian sudukan kurang lebih 1 1/2 camca besar bancuhan cucur udang atas sudip. ratakan biar leper.

#3: langsung celup dalam minyak panas dan biarkan mengeras sedikit. selepas tu tanggalkan dengan hujung pisau perlahan-lahan.

#4: goreng dengan minyak sederhana panas hingga rangup dan berwarna keemasan. lepas tu angkat dan toskan. lalu buat kaedah sama untuk baki adunan hingga siap.
Nota: sekali goreng cuma buat 5 keping dan agar lebih sedap hidangkan bersama sos cili... Mmmm Sedaaaaaaap.
Resepi Cucur Udang Rangup

itulah resipi cucur udang rangup ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.

Monday, 7 December 2015

Resepi Nasi Ayam Paling Simple dan Sedap

Resepi Nasi Ayam Simple - saya teringat ketika hari raya besar, saya singgah di rumah kakak saya. namanya kak Ros. kak ros menyediakan nasi ayam simple ketika saya tiba.

saya lihat kak ros cukup cepat menyediakan kerana resepinya ringkas sangat dan cara kak ros memasak nasi ayam memang lain daripada saat saya buat.

ketika saya cuba memakan ayamnya, bumbu sambal cilinya sangat sedap dan menepati selera saya. saya hairan sebab bumbunya sangat sederhana sahaja kerana tiada bawang putih dan halia dimasukan didalamnya.
Resepi Nasi Ayam Simple

Resepi Nasi Ayam Simple Ala Kak Ros


akhirnya dengan malu-malu saya cuba bertanya kepada kak ros. bagaimana cara dia membuat ayam simple tapi sangat sedap macam ini.

pasti kalian penasaran kan? jom kita layan nasi ayam ala Kak Ros.

Bahan Kuah Sup

  • ayam dipotong 8
  • kulit kayu manis
  • sup bunjut adabi
  • bawang merah  - hiris
  • bawang putih - hiris
  • bawang besar - hiris
  • daun sup/ daun bawang
  • halia - hiris
  • garam/ serbuk perasa
  • air
  • bunga lawang
Bahan untuk Sambal
  • sos tomato
  • bawang putih
  • cili padi 
  • lada besar
  • bawang putih
  • gula
Bahan untuk Nasi
  • Beras
  • air sup yang dibuat tadi
  • garam
Bahan untuk Ayam Goreng
  • ayam yang direbus dengan sup tadi
  • sos tiram
  • kicap manis
Bahan untuk Kicap
  • kicap perapan ayam
  • sedikit kicap manis
  • kuah sup
  • cilipadi
a). Cara Membuat Sup

#1: yang pertama buat sup terlebih dahulu.

#2; panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang merah, bawang besar, bawang kecik yang dihiris itu. selepas tu bila dah harum dan garing masukan ayam yang dipotong 8 tadi.

#3: biarkan sampai ayam tu garing, kemudian masukan garam, sup bunjut, dan air. tunggu samapi masak. bila dah masak keluarkan ayam tadi dan toskan.

#4: sekarang sup dah siap masukan daun bawang dan daun sup sebagai hiasan.

b). Cara Membuat Nasi 
#1: masukan beras yang dah kita basuh dalam periuk. selepas tu sukat guna air sup yang kiter masak awal tadi. masukan garam sedikit.

#2: kemudian masak macam biasa jer guna periuk nasi.

c). Cara Membuat Sambal

#1: tumbuk cili padi dan lada besar sampai lumat. bila malas boleh menggunakan blender. selepas tu masukan gula dan garam sikit. kemudian masukan sos tomato dan sos cili.

#2: perapkan ayam yang ditos tadi dengan sos tiram dan kicap manis. goreng la bila lagi 15 minit nak makan so ayam tu makan panas-panas memang membunuh sedapnya.

d) Cara Membuat Kuah Kicap

#1: tumbuk cili padi sikit, lepas tu masukan kicap hasil perapan ayam tadi.

#2: tambahkan sikit kicap manis dan bila nak bagi cair. masukan kuah sup sikit dan untuk ulam-ulaman anda boleh guna salad dan timun jepun.

dah itu sahaja resepi nasi ayam simple ala kak ros, bila korang ada cadangan dan soalan boleh tulis di komen.
Baca Juga:
resepi nasi ayam penyet paling lazat
resepi nasi ayam hainan paling sedap
Terima kasih dah berkunjung di blog saya :-)

Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Paling Sedap

sambal tumis ikan bilis adalah resipi yang sering kita jumpai di masyarakat kita terutama dihidangkan bersama nasi lemak. semua suka dengan sambal ini. namun, tidak semua orang dapat menghasilkan sambal tumis yang sedap.

bila kita perhatikan sambal tumis ini mirip dengan sambal biasa sahaja. padahal, sebenarnya bila anda ingin menghasilkan sambal tumis ikan bilis yang sedap teknik semasa memasak mesti betul-betul.

ada 3 perkara yang mesti anda utamakan gula yang lebih, cili kisar mesti betul-betul garing, dan bawang besar mesti banyak.

untuk cara memasaknya biasa sahaja mesti dimasak lama-lama. bila sambal dimasak lama-lama boleh tahan sehingga 5 hari tanpa perlu dipanaskan.
Sambal Tumis Ikan Bilis

Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Sedap

pasti anda ingin tahu bagaimana cara membuat sambal bilis yang sedap bukan? hari ini saya mahu berkongsi cara saya menghasilkan sambal bilis sedap berdasarkan pengalaman saya selama ini. jom kita tengok panduan dibawah ini.

Bahan-Bahan:
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1 keping asam/ air asam jawa
  • 1 mangkuk ikan bilis - digoreng sampai layu
  • 1 biji bawang besar - dihiris
  • 1/2 mangkuk cili kisar atau 22 tangkai cili kering - buang biji, rebus dan kisar
  • sedikit gula merah - opsyenal
  • garam secukupnya
Bahan Kisar:
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 biji bawang besar
  • 1 biji buah keras - opsyenal
  • sedikit ikan bilis mentah
  • sedikit belacan bakar - opsyenal
Cara-Cara:

#1: pertama, panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar hingga harum. masukan cili kisar dan tumis dengan api kecil supaya tidak hangit dan betul-betul masak.

#2: bila cili dah terbit minyak dan benar-benar masak, masukan sedikit garam dan gula untuk menggaringkan sambal dan masukan sedikit air

#3: kemudian, baru dimasukan bawang besar hiris, gula merah, gula, sedikit garam, dan asam keping.

#4: terakhir, baru masukan ikan bilis biarkan merenih lama-lama sehingga sambalnya terbit minyak dan agak pekat. bila dah masak boleh langsung dihidangkan.
Nota: anda boleh menggunakan cili merah hidup sebagai pengganti cili kering. tai tidak perlu ditumis lama dan berwarna lebih  cantik dan sedap.
sambal tumis ikan bilis mempunyai banyak versi. namun, semua versi pasti sedap bila dimasak betul-betul.
Baca Juga:
resepi ikan siakap stim limau
resepi ikan kembung masak kicap
resepi ikan siakap goreng 3 rasa
sampai jumpa di artikel seterusnya ya, terima kasih.

Sunday, 6 December 2015

Resepi Nasi Ayam Penyet Paling Lazat

resepi nasi ayam penyet - apa anda tahu kenapa makanan ini diberi nama penyet? ramai orang sebut penyet tu sama maknanya penyek dalam sebutan kita. jadi makna makanan ini adalah makanan yang dipenyek-penyekan.

tetapi, ia masih kurang tepat. yang benar penyet adalah istilah yang berasal dari bahasa jawa yang bermaksud lumat. jadi dalam istilah bahasa indonesia bermaksud bahan makanan yang dimasak dilumat.

kehebatan nasi ayam penyet terletak pada sambal dia, kalo sambal dia sedap. yang lain tak pandang mesti jadi sedap juga.

makanan ini berasal dari jawa timur, indonesia dan saya saya pernah datang berkunjung ke indonesia, disana saya cuba membeli masakan khas seperti, sate, rendang, urab, bakso, dan masih banyak lagi.
Resepi Nasi Ayam Penyet

bumbu yang digunakan pun tak jauh beza dengan negara kita. tetapi, yang paling berbeza masakan indonesia sangat sangat sangat pedas.

Resipi Nasi Ayam Penyet Mudah

pada asalnya makanan ini terbuat dari tempe yang direndam dalam air kaldu dengan bumbu ketumbar dan garam. tempe tersebut kemudian digporeng dan disajikan dengan sambal.

di Malaysia biasanya masakan dijual dengan harga RM 6.00 hingga RM 10.00 untuk satu set hidangan lengkap. jadi kalau anda besar keluarganya pasti tercekik leher dibuatnya bila mendengar harga semahal itu.

anda jangan risau sebab cara membuat nasi ayam penyet tak susah. mudah aje bila anda mengikuti step by step berikut ini.

Bahan-Bahan untuk Perapan Ayam

  • 1 ekor ayam (ayam dipotong ikut kesesuaian biasanya dipotong 4 atau 8 dan cuci ayam bersih-bersih)
  • ayam kemudian direbus hingga empuk, ita tambahkan kiub ketika merebus ayam. bila dah empuk angkat dan toskan
Note : air rebusan ayam jangan dibuang kita gunakan untuk membuat sup dan menanak nasi

Bahan Perapan

  • 1/2 sudu besar jintan manis
  • 1/2 sudu besar jintan putih
  • 3 sudu besar ketumbar
*semua bahan tadi digoreng dalam kuali tanpa minyak hingga harum


  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu besar kunyit serbuk BABAS
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam atau daging BABAS
  • 1 cm halia
  • 1 biji telur (tambahan untuk ayam yang berkeriuk rangup)
  • 1/2 sudu besar serbuk lada putih 
  • 1/2 cawan tepung beras (tambahan untuk ayam berkeriuk rangup)
  • sedikit air untuk mengisar
  • minyak untuk menggoreng
Cara Membuat Ayam Penyet

#1: pertama, goreng jintan putih, jintan manis dan ketumbar di dalam kuali tanpa minyak sampai harum. kemudian masukan bahan yang disangai tadi bersama serbuk lada putih, halia, garam ,bawang putih, serbuk kari, dan serbuk kunyit.

#2: tambahkan sedikit air dan kisar sampai halus. bila dah halus, lumurkan pada ayam yang dah kita rebus tadi. (bila anda ingin rasa yang lebih sedap perap ayam semalaman sebelum digoreng dan bagi anda yang nak cepat 2 hinga 3 jam pun boleh).
Note: Baki ramuan perapan ayam tu jangan dibuang, anda boleh ambil sedikit. siapkan bekas berasingan dengan ayam dan gaulkan dengan tahu dan tempe dan perap sekali.
#3: baki perapan ayam atau tahu dan tempe itu kemudian anda campurkan dengan telur dan tepung beras. dan jika kurang masim anda boleh menambahkan sedikit garam dan kacau rata.

Resepi Nasi Ayam Penyet
#4: celupkan ayam dalam campuran tadi dan goreng ayam sampai kuning keemasan. angkat dan toskan minyaknya. bila anda tak suka dengan ayam yang dicelup tepung anda boleh menggoreng ayam yang diperap tadi.
nasi ayam penyet

Note: sebaiknya sebelum menggoreng ayam, tahu dan tempe digoreng terlebih dahulu dan baki minyak tu boleh buat menggoreng ayam.
Bahan untuk Sup Ayam

  • 1 inci halia -  dihiris
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 bungkus sup bunjut
  • baki air rebusan ayam
  • daun bawang dan daun sup - dihiris
  • bawang goreng - untuk hiasan

Cara Membuat Sup Ayam
sup ayam penyet

#1: baki air rebusan ayam tadi separuh kita buat sup dan separuh lagi kita buat untuk menanak nasi dan panaskan semual atas dapur, kemudian tambahkan halia, serai, dan sup bunjut dan masak hingga mendidih

#2: selepas tu perasakan dengan garam dan taburkan daun bawang dan daun sup (anda boleh taburkan daun bawang bila suka)

Bahan untuk Nasi Ayam

  • 3 cawan beras - cuci bersih dan toskan airnya
  • 6 cawan air rebusan ayam
  • 4 biji pelaga
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 helai daun pandan simpul
  • 2 kuntum bunga lawang
  • sedikit garam
  • sedikit butter
Cara Membuat Nasi Ayam
nasi ayam penyet

#1: pertama panaskan butter, selepas tu tumiskan buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang, bawang putih, dan pandan hingga harum. masukan beras dan masak sebentar kurang lebih 5 minit.

#2: masukan air rebusan ayam, perasakan dengan garam dan masak nasi seperti biasa hingga nasi masak sempurna.

Bahan untuk Sambal Penyet
  • 10 tangkai cili padi
  • 10 biji bawang merah - belah 4
  • 10 biji tangkai cili merah
  • 5 biji tomato - belah 4
  • 5 cm belacan bakar
  • 3 sudu besar gula merah
  • 3 biji bawang putih- dihiris
  • 2 sudu makan ikan hilis
  • limau kasturi atau limau nipis
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara Membuat Sambal Penyet
sambal penyet

#1: pertama, panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan bilis hingga garing. angkat dan ketepikan. dengan minyak yang sama goreng bawang merah, tomato, cili merah, dan cili padi hingga layur.

#2: tunggu bahan ini hingga sejuk sikit, kemudian masukan bahan yang digoreng tadi dan ikan bilis ke dalam mesen kisar. kisarkan sekali belacan bakar.

#3: baki minyak kita menggoreng tadi panaskan lagi dan tumiskan semua bahan kisar tadi sampai harum.

#4: terakhir, perasakan dengan sedikit garam dan gula merah. angka dan hidangkan. bila nak makan perahkan limau.

akhirnya, ini dia resepi nasi ayam penyet ala bundo dah siap dihidangkan.
Baca Juga: Resepi Nasi Ayam Hainan Paling Sedap
terima kasih anda sudah berkunjung di blog saya yang sederhana ini. bila bermanfaat anda boleh share :-)